Pukul 9.00 pagi kami melangkah keluar dari hotel. Hujan agak lebat.
Singgah sebentar di kedai Daisho untuk membeli payung dengan harga ¥400 satu.
Tujuan pada hari ini ialah untuk melawat Fushimi Inari, Kiyumezudera, Gion dan
Ginkakuji. Sepatutnya pada hari ini kami membeli tiket Kyoto city bus (one day
pass) tetapi memandangkan kami sudah mempunyai ICOCA card, maka kami terus
menuju ke subway station untuk menaiki train ke Fushimi Inari (station ini
hanya terletak kira-kira dua minit berjalan kaki dari hotel Village Kyoto).
Train yang kami naiki rupanya tidak berhenti di Fushimi Inari kerana ia
merupakan rapid train yang hanya berhenti di stesen-stesen tertentu sahaja.
Apabila train berhenti, kami turun dan menaiki train lain untuk berpatah balik ke
Fushimi Inari.
Torii gate - Fushimi Inari |
Selepas melawat Fushimi Inari, kami menaiki train untuk ke Kiyumizudera
pula. Sebaik turun di Kiyumizudera station, kami mula menapak menuju ke
Kiyumezudera temple. Jauh betul perjalananannya, rasanya lebih dari satu
kilometer kami berjalan barulah sampai. Ramai betul pengunjung di sini. Hujan
yang lebat menyukarkan kami untuk berposing dan mengambil gambar. Kelihatan sebahagian
dari bangunan Kiyumezudera temple ini sedang dibaik pulih.
Kami keluar dari Kiyumezudera temple untuk menuju ke stesen keretapi
mengikut laluan yang dilalui oleh ramai pejalan kaki. Rasanya kami memasuki
laluan ke Higashiyama/Gion tetapi saya tidak berapa pasti. Entah dimana terletaknya
stesen keretapi, setelah agak lama berjalan, masih tidak nampak papan tanda
stesen keretapi, rasanya kami macam tersesat, kaki pun sudah penat dan perut
pun sudah lapar. Kami ada membawa bekalan makanan, tetapi nampaknya tiada
tempat yang sesuai untuk makan, tambahan pula hari masih hujan. Sedang
berjalan, saya ternampak sebuah gerai menjual buah berangan. Saya tertarik
melihat buah berangan yang bersaiz besar. Harga sebungkus buah berangan (lebih
kurang 8 biji) ialah ¥1000. Hati berasa seronok kerana nampaknya ada juga
makanan yang boleh di makan oleh kami di Jepun ini.
Buah berangan |
Kami meneruskan perjalanan mencari stesen keretapi dan tanpa sedar kami
telah memasuki ke dalam satu kawasan temple. Melihat kepada map yang terdapat
disitu, kami rupanya telah memasuki kawasan Kodai-ji temple. Oh… saya ingat
temple ini agak terkenal untuk dilawati. Tetapi rupanya temple yang saya nampak
bukanlah Kodai-ji temple sebaliknya temple bersebelahannya iaitu Kennin-ji
temple.
Kenninji temple |
Jam sudah melepasi pukul 2.00 petang. Oleh kerana perut sudah lapar,
maka kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel. Walaupun kaki berasa sakit
dan penat, tetapi sebenarnya laluan yang kami tempuhi untuk ke stesen keretapi
dari Kiyumezudera temple amat menarik sekali. Di sepanjang jalan kami dapat
melihat rumah-rumah orang Jepun, kedai-kedai, bunga-bunga dan lorong-lorong
kecil yang bersih. Tiba di hotel, selepas makan dan bersolat, masing-masing tertidur
kerana kepenatan. Nampaknya terpaksa melupakan hasrat untuk ke Ginkakuji kerana
hari sudah lewat petang.
Selepas solat Maghrib, kami keluar menaiki train menuju ke bandar
Shijo. Sekadar berjalan tanpa tujuan, menikmati angin malam yang sejuk. Bandar
Shijo sendiri sangat besar dan pesat.
No comments:
Post a Comment