Saya dan keluarga mengunjungi Fraser’s Hill pada hari raya Aidil Fitri yang ke 7 baru-baru ini.
Memandangkan suami dan anak-anak masih bercuti sepanjang minggu dan kami pun
tidak mempunyai apa-apa aktiviti, jadi untuk menghilangkan kebosanan, saya
mengajak suami untuk ke Fraser’s Hill. Trip ini langsung tidak dirancang
malahan bilik hotel pun saya tidak sempat tempah. Kami menaiki Fraser’s Hill
melalui Bentong. Jika dahulu, pemandu yang ingin naik dan turun ke Fraser’s
Hill perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan (sekiranya waktu anda sampai di
Gap merupakan waktu untuk laluan kereta turun, maka anda perlu menunggu
sehingga waktu laluan kereta naik dibuka) tetapi kini laluan turun dan naik
telah diasingkan, jadi tidak perlu menunggu lagi.
Sebaik
sampai, kami terus menuju ke Puncak Inn Hotel yang terletak betul-betul di tengah-tengah
pusat peranginan Fraser’s Hill. Mujur masih ada bilik kosong, jadi kami
check-in untuk satu malam sahaja. Keadaan di Fraser’s Hill sangat lengang,
jumlah kereta dan orang yang berada disitu boleh dibilang dengan jari. Cuaca
memang segar dan nyaman.
Apa yang menarik
di Fraser’s Hill?
Tower Clock |
Taman awan yang cantik dengan bunga-bunga |
Di belakang tu ialah Puncak Inn Hotel |
Terdapat banyak banglo-banglo lama yang cantik berkonsep "English style" |
Menikmati hidangan scone di Ye Olde Smoke House |
Antara aktiviti lain yang boleh anda dilakukan di sini ialah seperti memanah, menunggang kuda, jungle trekking, melihat burung-burung dan menikmati kehijauan alam semulajadi yang masih belum tercemar.
Waktu pulang dari Fraser's Hill kami mengikuti laluan Kuala Kubu Baru. Jalan di sini lebih mudah dan kurang berbengkang-bengkok.