Showing posts with label Fraser Hill. Show all posts
Showing posts with label Fraser Hill. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

Fraser's Hill

Saya dan keluarga mengunjungi Fraser’s Hill pada hari raya Aidil Fitri yang ke 7 baru-baru ini. Memandangkan suami dan anak-anak masih bercuti sepanjang minggu dan kami pun tidak mempunyai apa-apa aktiviti, jadi untuk menghilangkan kebosanan, saya mengajak suami untuk ke Fraser’s Hill. Trip ini langsung tidak dirancang malahan bilik hotel pun saya tidak sempat tempah. Kami menaiki Fraser’s Hill melalui Bentong. Jika dahulu, pemandu yang ingin naik dan turun ke Fraser’s Hill perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan (sekiranya waktu anda sampai di Gap merupakan waktu untuk laluan kereta turun, maka anda perlu menunggu sehingga waktu laluan kereta naik dibuka) tetapi kini laluan turun dan naik telah diasingkan, jadi tidak perlu menunggu lagi.

Sebaik sampai, kami terus menuju ke Puncak Inn Hotel yang terletak betul-betul di tengah-tengah pusat peranginan Fraser’s Hill. Mujur masih ada bilik kosong, jadi kami check-in untuk satu malam sahaja. Keadaan di Fraser’s Hill sangat lengang, jumlah kereta dan orang yang berada disitu boleh dibilang dengan jari. Cuaca memang segar dan nyaman.


Apa yang menarik di Fraser’s Hill?


fraser hill
Tower Clock


fraser hill



fraser hill
Taman awan yang cantik dengan bunga-bunga

fraser hill
Di belakang tu ialah Puncak Inn Hotel

fraser hill
Terdapat banyak banglo-banglo lama yang cantik berkonsep "English style"

Menikmati hidangan scone di Ye Olde Smoke House

fraser hill
Menaiki paddle boat di Allan's water

fraser hill
Peta Fraser's Hill

Antara aktiviti lain yang boleh anda dilakukan di sini ialah seperti memanah, menunggang kuda, jungle trekking, melihat burung-burung dan menikmati kehijauan alam semulajadi yang masih belum tercemar. 


Waktu pulang dari Fraser's Hill kami mengikuti laluan Kuala Kubu Baru. Jalan di sini lebih mudah dan kurang berbengkang-bengkok.