Showing posts with label Nara. Show all posts
Showing posts with label Nara. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

Day 3 - Nara & Kyoto

Pada hari ini kami membeli tiket Kyoto city bus (one day pass) yang berharga ¥500/pax daripada kaunter penyambut tetamu hotel. Destinasi pada hari ini ialah ke Nara (separuh hari) dan ke Arashiyama serta Kinkakuji temple di sebelah petang.

Kami menaiki Kyoto City bus menuju ke Kyoto station. Memandangkan kad ICOCA juga cover private train, maka kami memutuskan untuk ke Nara dengan menaiki Kintetsu Express train kerana Kintetsu Nara station lebih hampir dengan Nara park berbanding JR Nara station.

Empat puluh lima minit perjalanan kami sampai di Nara. Hari yang indah, cuaca pun sejuk dan sangat nyaman. 



Dari jauh telah kelihatan rusa-rusa berkeliaran di taman. Kami berhenti sebentar untuk bergambar dengan rusa-rusa di taman.  Ada rusa yang memang pandai berposing, diam berdiri membiarkan kami mengambil gambar dengan mereka. Sedang berjalan, saya ternampak sebuah gerai menjual keledek rebus. Apalagi, tentulah kami membelinya. Harga sebiji keledek yang di beli seberat 500 gm ialah ¥1000. Baru saja kami ingin duduk di bangku untuk menikmati keledek rebus, seekor rusa datang menghampiri. Nampaknya terpaksa berkongsi sedikit makanan dengan si rusa. Comel betul rusa-rusa di sini, kebanyakkannya jinak-jinak belaka. 

nara para
Rusa sedang meminta sedikit makanan...hehe






nara



Selesai makan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Todaiji Temple. Di sini kelihatan lebih banyak rusa dan lebih ramai pelancong. Besar betul Todaiji temple ini. 

todaiji temple
Todaiji Temple, Nara


Selesai mengambil gambar dan membeli sedikit cenderamata di sini, kami berjalan balik menuju ke stesen keretapi melalui jalan di dalam taman, dan kemudiannya melalui deretan kedai-kedai sebelum tiba di stesen keretapi. Sempat singgah membeli buah epal dan limau di sini. Pemilik kedai sungguh baik hati memotong buah epal untuk kami supaya mudah untuk dimakan. 




Kami juga melalui sebuah lagi temple yang agak popular disini iaitu Kofukuji temple tetapi kelihatannya ianya sedang di baik pulih. Kami mengambil train pukul 1.15 tgh untuk pulang ke Kyoto station. Tiba di Kyoto station, kami mengambil bas bernombor 206 untuk pulang ke hotel.

Pukul 3.30 petang, kami keluar semula untuk ke Arashiyama. Stesen keretapi khas untuk ke Arashiyama terletak hanya di seberang jalan dari hotel Village Kyoto. Senang betul nampaknya. Kami bercadang untuk menaiki Sagano Scenic Train dari Saga Arashiyama station ke Kameoka station, jadi kami turun di Saga Arashiyama. 

Apabila tiba di kaunter penjualan tiket, kami dimaklumkan bahawa jualan tiket Sagano Scenic train telah ditutup untuk hari itu. Saya berasa kecewa. Kami masuk ke dalam stesen dan menunggu keretapi untuk meneruskan perjalanan ke Kameoka. Tiba-tiba saya perasan bahawa satu tarikan istimewa iaitu bamboo groove terletak tidak jauh dari Saga Arashiyama station. Maka kami meminta petugas stesen keretapi membatalkan transaksi kad ICOCA yang baru di touch kerana kami akan keluar dari stesen keretapi untuk berjalan ke Bamboo groove.  Kira-kira 15 minit berjalan kami memasuki kawasan Bamboo groove. Memang cantik seperti di dalam gambar-gambar yang saya lihat di internet. 



Oleh kerana sudah masuk ke dalam kawasan Bamboo groove, maka kami meneruskan perjalanan sehingga ke Togetsukyo bridge. Jauh juga perjalanannya, rasanya lebih dari satu kilometer baru sampai ke jambatan ini. Kami melalui sebuah temple yang terkenal disini iaitu Tenryuji temple, tetapi malangnya temple ini telah ditutup kerana hari sudah lewat petang.

Arashiyama area

arashiyama

arashiyama
Kalau penat berjalan, boleh menaiki beca ini...

arashiyama


Dari area Togetsukyo bridge, kami menaiki bas pusing-pusing Kyoto sehingga ke perhentian yang terakhir sebelum menukar bas lain untuk pulang ke hotel. Kami terpaksa skip lawatan ke Kinkakuji temple kerana hari sudah gelap.