Thursday, July 21, 2016

Pangkor Laut Resort

Saya baru sahaja pulang dari bercuti di Pangkor Laut Resort.

Pangkor Laut Resort terletak di sebuah pulau persendirian yang mana disini hanya terdapat sebuah resort sahaja (One Island one resort) yang dimiliki oleh YTL. Ini merupakan percutian kedua yang saya rasa sangat personalized. Yang pertama ialah sewaktu saya bercuti di Tanjung Rhu resort di Langkawi pada tahun 2007 (saya tidak menulis tentang percutian ini kerana ianya telah agak lama). Jadi saya rasa percutian di sini agak istimewa.

Kami memandu selama kira-kira tiga jam setengah dari rumah kami di Putrajaya untuk sampai ke jeti khas di Marina Island Pangkor. Sewaktu kami tiba di pejabat Pangkor Laut Resort di Marina Island, kami telah disambut dengan mesra oleh petugas-petugas di sini. Mereka terus menguruskan beg-beg kami dan membawa kami menaiki speed boat. Harga speed boat ialah RM160 untuk seorang dewasa pergi dan balik. Boat berlepas tepat pada waktunya iaitu pukul 1.00 pm dan perjalanan mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja.

Sebaik tiba di jeti di Pangkor Laut Resort, kami disambut oleh petugas resort yang membawa kami menuju ke bahagian reception. Di situ, setiap kumpulan pelancong akan dilayan oleh seorang petugas (guest liaison officer) yang akan menerangkan mengenai kemudahan dan aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di resort ini. Kami dilayan oleh petugas yang bernama Su Mon. Gadis manis ini yang berasal dari Myanmar ini sangat baik dan peramah. Petugas SPA juga akan memberi penerangan mengenai perkhidmatan SPA yang terdapat di sini. Untuk makan malam pula, kami dinasihatkan supaya membuat tempahan mengikut waktu yang dikehendaki dimana-mana restoren pilihan kerana tempat adalah terhad. Tidak semua restoren dibuka untuk makan tengahari ataupun makan malam. Walaubagaimanapun, setelah membuat tempahan, sekiranya anda ingin menukar pilihan restoren ataupun masa makan, tidak menjadi masalah tertakluk kepada kekosongan tempat. Selesai membuat tempahan untuk makan malam, Su Mon kemudian membawa kami ke bilik penginapan di Villa Hillview. 

Pangkor Laut Resort

Pada petang hari pertama kami menaiki shuttle ke Emerald Bay untuk melihat keindahan matahari terbenam. Perkhidmatan shuttle di sini sentiasa bergerak dan anda hanya perlu menunggu kira-kira 15 minit (atau kurang) dimana-mana stesen shuttle.


Pangkor Laut Resort
Sunset di Emerald Bay
Sekembali dari Emerald bay, kami terus menuju ke restoren Feast Village untuk menikmati makan malam. Makanan disini sedap dan portionnya juga agak besar.

Pada hari kedua, kami mengambil sarapan pada awal pagi. Terdapat banyak pilihan makanan disediakan. Selepas bersarapan, kami menaiki shuttle untuk ke Emerald bay. Sebenarnya saya ada membawa kasut sukan kerana pada awalnya saya bercadang untuk mengikuti jungle trekking bersama naturalist, tetapi kemudian saya menukar fikiran.  Saya berasa malas pula dan lebih senang menaiki shuttle untuk mandi laut di Emerald Bay. Jika anda mengikuti jungle trekking, ia akan membawa anda sampai ke Emerald bay kira-kira satu jam setengah.

Emerald bay sangat cantik. Pantainya landai, pasirnya putih dan halus. Air lautnya pula hijau dan jernih. Setelah puas mandi laut, kami menikmati hidangan makan tengahari di sebuah restoren yang terdapat di sini iaitu Chapman’s Bar.

Pangkor laut resort
Emerald Bay
Semua kawasan di sini cantik dan terjaga dengan baik. Keluasan pulau ini ialah 300 ekar dan hanya sebahagian kecil dibangunkan untuk resort manakala selebihnya ialah hutan hujan tropika yang tidak terusik. Udara di sini sangat nyaman dan dipenuhi dengan kehijauan. Di sini saya kongsikan gambar-gambar yang diambil disekitar resort.


Pangkor Laut Resort

Pangkor Laut Resort

Pangkor Laut Resort

Pangkor Laut Resort

Pangkor Laut Resort

Pangkor Laut Resort

Pangkor Laut Resort

Pangkor Laut Resort
  Pangkor Laut resort

pangkor laut resort

pangkor laut resort
pangkor laut resort
Restoran Chapman's Bar dan Fisherman Cove
pangkor laut resort hornbill
Burung Enggang

Dikelilingi kehijauan
 

Bersama Cik Su Mon

Bunga merah ini sangat cantik. Apa nama bunga ini?

Pada petang hari, kami pergi ke SPA treatment. Jika anda datang ke sini, anda harus mencuba perkhidmatan SPA disini. Kami memilih urutan traditional Malay. Sebelum urutan dimulakan, kami dibawa untuk melalui ritual seperti mandi di kolam, menghirup aromatherapy, mandian traditional jepun, scrub badan dan berendam di kolam air panas. Proses ritual ini mengambil masa kira-kira satu jam sebelum urutan sebenar dimulakan. Gambar-gambar dibawah ini ialah pemandangan di sekitar SPA Village.
pangkor laut resort

pangkor laut resort


pangkor laut resort

pangkor laut resort

Pada malam kedua kami mencuba hidangan di restoren Uncle Lim. Rasa makanannya tentulah sedap.

Hari terakhir selepas bersarapan, kami berkemas dan mendaftar keluar. Waktu check out ialah 11 am tetapi oleh kerana kami menempah boat pada pukul 1.30 pm, maka kami meminta untuk check out pada pukul 12 pm.  Kami hanya perlu melunaskan bayaran di kaunter dan memulangkan kunci manakala luggage kami hanya perlu ditinggalkan didalam bilik dan akan diuruskan oleh petugas resort. Boat berlepas tepat pada pukul 1.30 pm. Hujan agak lebat pada waktu ini tetapi semua petugas resort memastikan semua urusan berjalan lancar.

Kesemua staff di resort ini sangat baik dan peramah. Di sini kami ingin acknowledge beberapa staff yang telah membuat percutian kami lebih diingati iaitu Cik Su Mon, Chef Nizam (Chapman’s bar), Nicole dan Made (Spa Village). Kami berharap akan berjumpa mereka lagi di lain masa jika kami berkesempatan untuk ke sini lagi.

Percutian di sini sangat relax dan sesuai untuk di kunjungi terutamanya oleh mereka yang ingin berbulan madu. Terdapat beberapa aktiviti lain yang boleh dilakukan disini seperti yoga, sunset cruise, bermain tennis dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://www.pangkorlautresort.com.