Tuesday, April 8, 2014

Day 6 - Osaka

Hari ini merupakan hari terakhir percutian di Osaka. Flight kami ialah pada pukul 4.45 petang. Rancangan pada hari ini ialah sebelum mendaftar keluar hotel kami akan mengunjungi Osaka castle yang terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari hotel. Sewaktu kami melangkah kaki keluar dari hotel, hujan hanyalah sederhana lebat tetapi setelah separuh perjalanan hujan bertukar menjadi lebat. Habis basah kuyup baju dan kasut (termasuklah stokin). Sebenarnya saya bercadang untuk bergambar seberapa banyak di sekitar Osaka castle kerana di sini terdapat banyak pokok sakura yang bunganya sudah berkembang, tetapi malangnya hujan yang lebat menyukarkan pergerakan kami. Akhirnya apabila tiba di Osaka castle, setelah mengambil sedikit sebanyak gambar, kami berjalan balik menuju ke bilik hotel untuk mengeringkan diri.



osaka castle



osaka castle
Dari bilik hotel New Otani

Pohon sakura (view dari bilik hotel New Otani)

osaka castle
Osaka Castle dari bilik hotel New Otani (waktu ni sedang hujan)

Pukul 12.30 tengahari kami mendaftar keluar hotel dan menaiki train terus ke Kansai airport. Tiba di airport, suami saya ingin membuat refund kad ICOCA untuk baki wang yang tidak habis digunakan berserta deposit tetapi nampaknya queue sangat panjang, maka kami pergi ke kaunter Air Asia dahulu untuk check-in (mujur saya telah membuat web check-in semasa di Kuala Lumpur maka tak perlulah kami beratur panjang, sebaliknya hanya drop luggage sahaja). Selesai urusan check-in kami bergegas ke kaunter JR semula untuk urusan refund kad ICOCA. Sekiranya anda menggunakan kad ICOCA anda mungkin perlu memikirkan untuk datang ke airport awal sedikit kerana selalunya di kaunter JR, queue akan mengambil masa.

Saya rasa berbaloi menggunakan prepaid kad ICOCA & Haruka Express kerana kos keseluruhan yang dibelanjakan tidak jauh beza dari yang saya rancangkan (iaitu menggunakan Kansai area pass), malahan dengan kad ICOCA, kami boleh menaiki hampir kesemua train dan subway tanpa membeli tiket lain berasingan. Sepanjang berada disana, kami membuat top up sebanyak ¥4000, on top of ¥4000 yang kami bayar semasa membeli kad ICOCA pada hari pertama. Kami mendapat refund semula sebanyak ¥1070.

Kos ground transportation sepanjang enam hari berada di Osaka ialah:

Train dan subway (ICOCA & Haruka Express) = ¥6930 / pax
Kyoto city bus  = ¥500 x 2 hari (¥1000 / pax dewasa)
Kobe city loop bus = ¥650 / pax dewasa


Tentang makanan pula, tiada masalah langsung. Bukan kerana kami telah menjumpai kedai makanan halal disana tetapi kerana kami membawa bekalan makanan sendiri. Haaa…tengoklah gambar makanan di bawah ni, jangan terkejut..hehe. Dengan membawa makanan sendiri, selain dari dapat menjimatkan wang, kami juga dapat menjimatkan masa daripada mencari kedai makanan halal. 


Alhamdullilah. Makanan yang kami bawa melepasi imigresen Jepun tanpa masalah. 

2 comments:

  1. as salam...nak ty kt mana nak beli Brahim's food mcm kt atas ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...saya beli di AEON big Alamanda, Putrajaya. Rasanya banyak pasaraya besar ada jual....

      Delete