Kami
pergi ke Sekinchan pada akhir bulan Mac. Sekinchan ialah sebuah bandar kecil
yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Kuala Lumpur. Selain dari menjadi tempat
pengeluaran beras, Sekinchan juga merupakan tempat perkampungan nelayan yang
membekalkan hasil laut segar.
Tujuan
kami ke sana hanyalah untuk melihat keindahan sawah padi. Trip ini tidak di
rancang pun. Pada hari Khamis saya terfikir untuk melihat sawah padi, jadi saya
terus mencari maklumat mengenai sawah padi di Sekinchan. Mujur masih ada bilik
kosong di Sekin Hotel & Resort, jadi pada hujung minggu kami memandu menghala ke Sekinchan untuk
melihat sawah padi.
Saya
sangat suka melihat sawah padi. Sewaktu saya membesar, saya selalu teringin
untuk melihat sawah padi dengan dekat tetapi di kampung saya yang ada hanya
laut. Disini saya ingin berkongsi beberapa keeping gambar sawah padi di
Sekinchan.
Sewaktu saya berada di sini, pokok padi masih belum cukup besar.
Jika anda ingin melihat padi yang lebih tinggi atau pun sedang menguning,
mungkin anda boleh datang pada bulan April.