Hari ini merupakan hari terakhir percutian di Osaka. Flight kami ialah
pada pukul 4.45 petang. Rancangan pada hari ini ialah sebelum mendaftar keluar
hotel kami akan mengunjungi Osaka castle yang terletak kira-kira 15 minit
berjalan kaki dari hotel. Sewaktu kami melangkah kaki keluar dari hotel, hujan
hanyalah sederhana lebat tetapi setelah separuh perjalanan hujan bertukar
menjadi lebat. Habis basah kuyup baju dan kasut (termasuklah stokin). Sebenarnya
saya bercadang untuk bergambar seberapa banyak di sekitar Osaka castle kerana
di sini terdapat banyak pokok sakura yang bunganya sudah berkembang, tetapi
malangnya hujan yang lebat menyukarkan pergerakan kami. Akhirnya apabila tiba
di Osaka castle, setelah mengambil sedikit sebanyak gambar, kami berjalan balik
menuju ke bilik hotel untuk mengeringkan diri.
Dari bilik hotel New Otani |
Pohon sakura (view dari bilik hotel New Otani) |
Osaka Castle dari bilik hotel New Otani (waktu ni sedang hujan) |
Pukul 12.30 tengahari kami mendaftar keluar hotel dan menaiki train
terus ke Kansai airport. Tiba di airport, suami saya ingin membuat refund kad
ICOCA untuk baki wang yang tidak habis digunakan berserta deposit tetapi
nampaknya queue sangat panjang, maka kami pergi ke kaunter Air Asia dahulu
untuk check-in (mujur saya telah membuat web check-in semasa di Kuala Lumpur
maka tak perlulah kami beratur panjang, sebaliknya hanya drop luggage sahaja).
Selesai urusan check-in kami bergegas ke kaunter JR semula untuk urusan refund
kad ICOCA. Sekiranya anda menggunakan kad ICOCA anda mungkin perlu memikirkan
untuk datang ke airport awal sedikit kerana selalunya di kaunter JR, queue akan
mengambil masa.
Saya rasa berbaloi menggunakan prepaid kad ICOCA & Haruka Express
kerana kos keseluruhan yang dibelanjakan tidak jauh beza dari yang saya
rancangkan (iaitu menggunakan Kansai area pass), malahan dengan kad ICOCA, kami
boleh menaiki hampir kesemua train dan subway tanpa membeli tiket lain berasingan.
Sepanjang berada disana, kami membuat top up sebanyak ¥4000, on top of ¥4000
yang kami bayar semasa membeli kad ICOCA pada hari pertama. Kami mendapat
refund semula sebanyak ¥1070.
Kos ground transportation sepanjang enam hari berada di Osaka ialah:
Train dan subway (ICOCA & Haruka Express) = ¥6930 / pax
Kyoto city bus = ¥500 x 2 hari (¥1000
/ pax dewasa)
Kobe city loop bus = ¥650 / pax dewasa
Tentang makanan pula, tiada masalah langsung. Bukan kerana kami telah
menjumpai kedai makanan halal disana tetapi kerana kami membawa bekalan makanan
sendiri. Haaa…tengoklah gambar makanan di bawah ni, jangan terkejut..hehe.
Dengan membawa makanan sendiri, selain dari dapat menjimatkan wang, kami juga
dapat menjimatkan masa daripada mencari kedai makanan halal.
Alhamdullilah. Makanan yang kami bawa melepasi imigresen Jepun tanpa masalah.