Showing posts with label Sama-Sama Hotel KLIA. Show all posts
Showing posts with label Sama-Sama Hotel KLIA. Show all posts

Monday, December 9, 2013

Sama-Sama Hotel KLIA

Jika anda ingin menginap di hotel yang paling hampir dengan KLIA (diulangi KLIA ya, bukan LCCT), maka Sama-Sama hotel adalah jawapannya. Sama-Sama hotel hanya dihubungkan dengan KLIA melalui jambatan (skybridge) dan hanya mengambil masa kira-kira 5 minit jika anda berjalan kaki. Pihak hotel juga ada menyediakan perkhidmatan buggy untuk para pelanggan hotel pergi ke KLIA vice versa.  Sekiranya anda menginap di sini, confirm  anda tidak akan ketinggalan flight (kecuali jika anda sengaja melewat-lewatkan diri anda…hehe)!!.

Sebenarnya Sama-Sama hotel ini dahulunya dikenali dengan nama Pan Pacific KLIA. Seperti hotel lima bintang yang lain, kemudahan yang disediakan adalah bertaraf lima bintang dan lengkap untuk para pelanggan hotel seperti SPA, kolam renang, bilik conference, coffee house, gymnasium dan lain-lain, jadi hotel ini juga memang sangat sesuai untuk anda berehat bersama keluarga. Walaupun hotel ini terletak betul-betul di KLIA, tetapi anda langsung tidak mendengar bunyi kapal terbang mendarat atau berlepas.

Jom lihat beberapa keping gambar yang saya ambil semasa menginap di Sama-Sama hotel.




Lobby Hotel
Welcoming remarks di monitor TV
sama-sama hotel klia
Bilik tetamu





Touch Panel

Bilik air tetamu

Bath Tub


Kolam renang

sama-sama hotel klia
Kolam renang
Jacuzi


Dewan conference

Drivernya mana? Tengah ambil gambar kitoranglah...hehe

Skybridge yang menghubungkan hotel dan KLIA

Dibelakang tu ialah tempat perhentian buggy (menurun dan mengambil penumpang 
di KLIA) yang terletak di Level 2

Buggy akan berhenti di level 2 KLIA, berdekatan dengan Food Garden

Room service menu. Lihat harga makanannya.... Nasi lemak RM 47.00...Gulp....