Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Monday, June 27, 2016

Putrajaya - PICC

Sudah lama blog ini terbiar dan lebih dari setahun saya tidak menulis.

Sebenarnya sejak tahun lepas ibu bapa saya jatuh sakit, jadi ada masa saya terpaksa balik ke Melaka untuk menjaga mereka dan kadang-kadang membawa mereka ke sini. Jadi fikiran saya tidak fokus disamping saya sebenarnya tiada mood untuk menulis. Pada hari ini saya akan menulis semula. Mungkin juga saya akan membuat beberapa backdated post unuk berkongsi beberapa tempat yang pernah saya pergi dalam tempoh setahun.

Hari ini saya ingin berkongsi keindahan satu lokasi di Putrajaya iaitu berhampiran dengan Putrajaya International Convention Centre (PICC). Saya pergi ke sini beberapa hari lepas untuk merakam keindahan tempat ini. Ianya terletak kurang dari sepuluh minit dari rumah saya (dengan kenderaan).


Jom saksikan beberapa keping gambar yang telah dirakam disekitar kawasan ini.



putrajaya picc












putrajaya




Putrajaya Lake cruise

picc
PICC


picc putrajaya
Putrajaya International Convention Centre (PICC)


Jangan lupa ambil gambar diri sendiri... ;-)



Sunday, June 15, 2014

Floria 2014, Putrajaya


Pada tahun ini, Festival Floria 2014 berlangsung daripada 14 – 22 June 2014 bertempat di presint 4, Putrajaya. Bayaran masuk adalah sebanyak RM3.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak.

Walaupun tapak pesta ini terletak tidak berapa jauh dari rumah saya, tetapi sejujurnya inilah kali pertama saya benar-benar mengunjungi pesta Floria ini. Kali pertama saya datang ialah pada tahun 2012, itupun di waktu malam kerana pada waktu itu tujuan saya hanyalah untuk melihat pertunjukan bunga api. Sementara menanti bunga api dimulakan sempatlah saya melihat pertandingan bot berhias di tasik. Saya tidak memberi perhatian langsung kepada bunga-bunga yang ada di situ, mungkin sebab keadaan agak gelap. 

Pada tahun ini saya datang ke Festival Floria pada hari pertama ianya dibuka dan boleh di katakan hampir keseluruhan tapak pesta ini saya lawati termasuklah ke tempat pertandingan kucing. Kesemua bunga-bunga kelihatan cantik dan masih segar.


Di sini ada beberapa keping gambar yang ingin saya kongsikan untuk tatapan kita bersama.

floria 2014

floria putrajaya

floria putrajaya


floria putrajaya

floria putrajaya



floria putrajaya

floria putrajaya


floria putrajaya







floria putrajaya























floria putrajaya






Jika anda berhasrat untuk melihat Floria 2014, nampaknya masih ada beberapa hari lagi. Pameran ini akan berakhir pada 22 June 2014.