Wednesday, September 11, 2013

Percutian Hangzhou & Shanghai

Percutian saya ke Hangzhou dan Shanghai ialah pada bulan Mei 2012. Mari saya ceritakan serba sedikit pengalaman pahit manis bercuti di negara China.

Waktu saya menempah tiket kapalterbang untuk percutian ini, saya langsung tidak terfikir bahawa waktu yang saya akan pergi tu merupakan golden week untuk rakyat China. Rupanya waktu cuti hari pekerja, kerajaan mereka memberikan cuti selama tiga hari berturut-turut, dicampur dengan hari Sabtu dan Ahad, nampaknya kebanyakkan tempat akan dipenuhi oleh pelancong tempatan. Dengar khabarnya, pada waktu ini agak sukar untuk mendapatkan tiket bullet train (dari Hangzhou ke Shanghai dan vice versa) jika tidak ditempah awal (tiket boleh dibeli seawal 10 hari sebelum tarikh berlepas). Jadi saya pun cuba untuk membeli tiket dari sebuah website travel agent di China. Sekali tengok harga yang diquote ialah: Harga tiket CNY 124 per tiket, harga caj perkhidmatan dan penghantaran ke hotel penginapan kami ialah CNY 150 per tiket. Bila dicampur semua, harga tiket bullet train untuk kami berempat pergi dan balik mencecah RM 1,000 lebih. Agak tidak logic bila harga caj perkhidmatan dan penghantaran lebih mahal dari harga tiket itu sendiri. Terus saya batalkan hasrat untuk membeli tiket online.

Oleh kerana saya agak kerisauan memikirkan tentang tiket bullet train ini, jadi saya bercadang apabila sampai di Hangzhou airport nanti, kami akan terus menaiki teksi untuk ke hotel dan sejurus selepas check-in kami akan bergegas ke tiket booking office yg terletak tidak jauh dari hotel.

Pada hari kami tiba di Hangzhou, sebaik keluar dari airport kami cuba mencari teksi di luar pintu airport tetapi nampak macam lenggang sahaja. Datang seorang lelaki tempatan approach kami menawarkan perkhidmatan teksi. Saya berasa lega, tetapi bila saya tanya harga, katanya CNY 250. Mahal!! Nasib baik saya sudah google maklumat tentang ini, tambang sepatutnya dalam lingkungan CNY 100 - CNY 120 sahaja. Jadi kami masuk semula ke dalam airport dan membeli tiket bas untuk ke stesen keretapi Hangzhou. Nampaknya plan kami sudah berubah. Alang-alang akan sampai ke stesen keretapi jadi lebih baik kami terus beli tiket keretapi sebaik sampai di stesen nanti. Rupanya untuk mengambil teksi dan bas, kami perlu berjalan sedikit ke hentian no 5 (dalam 300 meter). Perjalanan dari airport ke stesen keretapi Hangzhou mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Dari tempat kami turun bas untuk ke stesen keretapi nampaknya bukan dekat. Memikirkan untuk melintas jalan (maklumlah jalanraya di China besar-besar) dengan mengheret beg bagasi dan memimpin anak-anak, saya jadi agak keberatan. Kami tidak jadi membeli tiket keretapi di stesen keretapi, sebaliknya menaiki teksi terus ke hotel. Nampaknya plan kami sudah balik asal. Semasa check-in, kami tanyakan kepada penyambut tetamu arah untuk ke ticket booking office, tetapi sebaliknya mereka menawarkan untuk membantu membeli tiket bullet train. Alhamdullilah. Syukur sangat-sangat, tiket masih ada, cuma tempat duduk kami agak terpisah sedikit. Caj perkhidmatan yang mereka kenakan hanyalah CNY 5 per tiket.

Petang itu kami berjalan-jalan di Westlake sampai sakit-sakit kaki (kaki sayalah tu, sebab saya pakai kasut baru. Saya fikir lain kali lebih baik pakai kasut buruk asalkan selesa). Itupun baru dapat cover sedikit sahaja kawasan Westlake.  Westlake ni sangat besar kawasannya.  Rasanya kena duduk di sini berhari-hari dan berjalan dari pagi sampai ke malam baru boleh cover semua..hehe. Landskapnya sangat cantik, bersih dan terjaga rapi. Waktu malam di sini sangat meriah, ada beberapa kumpulan yang menari beramai-ramai, membuat persembahan dan sebagainya. Pertunjukan fountain music juga ada. 

Mari layan gambar-gambar di sekitar Westlake.


westlake hangzhou
Hotel penginapan kami, Huachen International Hotel


westlake hangzhou




westlake hangzhou


westlake hangzhou


westlake hangzhou
Kawasan yang banyak menjual cenderamata

westlake hanghzou


dong yi shun westlake
Semasa di Westlake, kami selalu makan di restoran Dong Yi Shun. Makanannya sedap.

westlake hangzhou
Basikal untuk disewa

Terdapat banyak basikal sewa di sini. Mereka menggunakan sistem yang agak canggih dimana penyewa menggunakan kad seperti touch & go dan basikal boleh diparking (pulangkan) di stesen-stesen lain.

Ada beberapa perkara yang saya perhatikan di Westlake antaranya ialah banyak kereta besar-besar di sini (sampai saya terfikir, Hangzhou ni kawasan orang-orang kaya kot). Motosikal yang digunakan  menggunakan kuasa bateri, jadi bunyi motosikal di sini sangat senyap, tau-tau dengar bunyi hon aja di belakang kita..hehe.  Penduduknya agak berdisplin misalnya mereka tidak membuang sampah merata-rata, penunggang basikal dan motosikal pula betul-betul menggunakan laluan yang dikhaskan untuk mereka.  Peniaga-peniaga di Westlake juga tidak pushy. Mereka biarkan sahaja kami melihat barang-barang jualan mereka. Di Westlake juga, saya tidak nampak seekor anjing pun. Apa yang boleh saya katakan ialah suasana di Westlake sangat aman, damai dan selamat. Waktu saya di sana, cuaca sudah mula bertukar panas tetapi masih nyaman.  

Hari kedua di sini, kami mula menapak dari satu taman ke satu taman. Dimana-mana tempat dipenuhi dengan pelancong tempatan. Saya tidak nampakpun pelancong asing di sini. Rasanya hanya keluarga saya yang nampak berbeza dari mereka sehinggakan ada beberapa pelancong tempatan cuba menegur saya dan menunjuk-nunjuk tudung saya, tetapi malangnya sepatah haram pun saya tidak faham apa yang mereka tanyakan. Saya hanya mengangguk-angguk dan menyebut perkataan Malaysia, Malaysia…hehe. Agaknya mereka pelik melihat wanita bertudung seperti saya.

Hari ketiga, kami bertolak ke Shanghai menaiki bullet train. Kami tempah tiket kelas satu, memang sangat-sangat selesa, tempat duduknya luas, bersih, memang rasa first class.


bullet train china
Suasana di dalam kabin 1st class, bullet train

Hotel penginapan kami terletak di West Nanjin road. Jadi setiba di stesen keretapi Shanghai Hongqiao, kami naik metro line 2, dan turun di stesen West Nanjin road. Waktu kami bertanya kepada seorang anggota polis di situ arah untuk ke hotel kami, katanya perlu berjalan kaki kira-kira 20 minit jadi kami pun berjalan dengan mengheret beg bagasi, dan terpaksa beberapa kali melintasi jalanraya besar (Agak menjengkelkan sikap pemandu kereta di Shanghai kerana ada yang tidak menghormati lampu merah. Berbeza sungguh dengan sikap pemandu di Hangzhou). Waktu itu, saya dah sangat penat berjalan sambil membawa beg sandang (kaki pun dah sakit sebab sebelum tu dah jenuh berjalan di Westlake) tetapi nampaknya masih belum sampai-sampai. Sudah lebih dari 20 minit kami berjalan tetapi langsung tidak nampak bayang hotel. Terjumpa anggota polis lain pula, kami bertanya lagi, katanya dalam 10 minit lagi. Saya dah betul-betul tak larat nak berjalan lagi, akhirnya kami tahan sebuah teksi.  Sekejap sahaja duduk di dalam teksi, adalah kira-kira dalam 100 meter perjalanan, kami sampai di hadapan hotel (memang agak sakit hati mengingatkan insiden ini sebab masuk teksi sahaja terus dikenakan/diset tambang CNY 14, alangkah bagusnya kalau kami naik teksi dari awal tadi...haihhh). Malam itu sewaktu kami keluar untuk makan malam, kami ternampak stesen metro “People Square” terletak betul-betul di hadapan hotel kami. Aduhai….sudahlah sakit kaki, sakit hati lagi. Kenapalah saya boleh terlupa nak kaji pasal ni.

percutian shanghai
Hotel penginapan kami di Shanghai, Pacific Hotel

Balik dari makan malam kami berjalan-jalan di People’s Square. Kawasan ini padat betul dengan manusia. Happening betul keadaan di sini, tempat muda-mudi lepak-lepak, tempat shopping barang-barang branded, tempat pertunjukan dan macam-macam.


people's square
People's Square di waktu malam
Keesokannya seperti yang telah dirancang, kami mengorak langkah untuk ke Shanghai Flower Port. Mengikut panduan dari google map, jaraknya hanya dalam 7 km dari hotel kami. Kami menaiki metro line 2 dan turun di Longyang Lu station. Menurut maklumat yang saya baca dari beberapa website, untuk ke sini, kami perlu turun di stesen ini dan mengikut laluan special line 2 dan terus sampai ke Shanghai Flower Port. Tetapi bila kami keluar di stesen Longyang Lu ni, kami tidak nampak langsung ada tanda-tanda mengarah ke Shanghai Flower Port. Kami bertanya kepada seorang pekerja travel agent di situ, tetapi nampaknya dia langsung tidak tahu tentang tempat yang ingin kami tujui. 

Akhirnya kami tunjukkan alamat yang kami print di dalam bahasa mandarin kepada seorang pemandu teksi. Dia mengangguk dan kami pun berasa lega kerana rasanya sudah tidak jauh lagi tempat yang nak dituju. Masa mula-mula masuk teksi, pemandu teksi terus bertanya “where you from”. Bahasa Inggerisnya kedengaran lancar. Saya pun apalagi, mulalah bercakap dengannya di dalam bahasa Inggeris. Hairan…selepas itu dia senyap sahaja, tak respon. Lama kemudian, barulah dia bercakap sepatah dua dalam bahasa Inggeris, bila kami tanya lebih lanjut, terus dia bantai cakap bahasa Mandarin. Rupanya, dia boleh bercakap sangat sedikit vocab bahasa Inggeris….hehe. Jadi bila dia beriya-iya bercakap bahasa Mandarin menerangkan itu ini, kami pun agak-agaklah apa yang dia cuba sampaikan berdasarkan vocab bahasa Inggerisnya yang diselitkan sepatah-sepatah tu dan kami belasah bercakap dalam bahasa Inggeris, macam ayam dengan itik jugalah.  Setidak-tidaknya dia mahu berborak. Yang merunsingkan saya, sudah jauh perjalanan tetapi tidak sampai-sampai. Bila saya tengok balik alamat yang saya print, satu tulis, new pudong district, satu lagi nanhui district (tak perasan pulak pasal ni sebab saya copy bulat-bulat dari dua website berbeza kot). Habiss…..saya panik jugaklah sekejap.

Saya takut saya tersalah copy paste alamat dalam bahasa Mandarin. Entah kemanalah kami akan dibawa sebab kami dah masuk ke kawasan-kawasan luar bandar yang macam pelik. Masa tu saya rasa macam nak suruh pemandu teksi tu berhentikan teksinya untuk berbincang samada betul ke tidak tempat yang ingin kami tujui ini. Saya tengok meter teksi dah naik dari CNY 100 ke 150, lepas tu ke 200. Sudahlah pemandu teksi tu bawa kereta (tak taulah saya nak cakap macamana) pantang ada jem sikit habis laluan pejalan kaki pun diredahnya walaupun sempit. Bila tiba di traffic light pula, habis semua kereta dipotongnya dan dia berhenti yang paling hadapan supaya bila lampu bertukar hijau dia boleh jalan dulu. Memang laju betul dia bawa kereta macam nak racing. Saya berdoa minta-minta biar lah betul jalan yang kami ikut ni.

Akhirnyaaaa……... nampak jugak signboard Shanghai Flower Port. Phew.…memang jauh rupanya tempat ni. Nampaknya google map pun tidak boleh dipercayai sangat (entah macamana maklumat yang ini tidak tepat?). Lokasinya bukanlah betul-betul dekat dengan Pudong Airport seperti yang saya baca di beberapa blog. Bila sampai, pemandu teksi tadi dalam susah payah sepatah-sepatah dapat juga memberitahu kami yang dia boleh menunggu kami. Kami kata ok, kami setkan dua jam sahaja untuk berjalan-jalan di situ. Masuk sahaja, kami terus nampak deretan  bunga tulip (memang tujuan ke sini untuk melihat tulip). Tetapi agak mengecewakan kerana hanya di bahagian hadapan sahaja terdapat tulip sedangkan berjuta tulips di bahagian dalam taman telah pun gugur (ada yg baru sahaja gugur, kami hanya terlambat beberapa hari sahaja). Saya rasa macam tak berapa berbaloi datang ke sini.


percutian shanghai
Dapat jugaklah melihat dan memegang bunga tulip

tulips shanghai
Bunga-bunga tulip yang telah mulai gugur

shanghai flower port
Bunga-bunga lain yang terdapat di Shanghai Flower Port

shanghai


Pada sebelah petang kami bercadang untuk ke Shanghai Ocean Aquarium tetapi nampaknya tidak sempat. Kami minta pemandu teksi turunkan kami di Pudong Airport. Dari situ kami naik metro untuk pulang ke hotel. Petang itu kami keluar makan di restoran yg sama dan berjalan-jalan di People's Square lagi (agak membosankan jugalah). Nasib baik makanan di restoran ini rasanya sedap, jadi kami makan dengan santai sambil menghilangkan penat.


shanghai
Tak ingat pulak apa nama restoran ni, tapi makanannya sedap terutamanya kambing bakar 

Hari terakhir di Shanghai, awal pagi kami berkunjung ke Shanghai Science and Technology Museum. Disebabkan kesuntukan masa, kami tidak jadi masuk ke dalam museum, sebaliknya hanya membeli belah di pasar yg terletak di bahagian luar museum.  Suami dan anak-anak saya dapatlah membeli barangan yang mereka inginkan, tetapi saya?......huh, sungguh menyakitkan hati bila mengingatkan peristiwa tawar menawar di sini sehinggakan saya berjanji, saya tidak akan lagi membeli barang di tempat yang perlu tawar menawar ni, sebab saya ni memang langsung tak ada skil tawar menawar. Nampaknya saya betul-betul telah tertipu di sini… Sakit hati betul bila mengingatkannya…

shanghai science and technology museum
Di Shanghai Science and Technology Museum

shanghai science and technology museum
Diperkarangan Shanghai Science and Technology Museum


Selesai membeli-belah di museum, kami bergegas check-out dari hotel dan menaiki metro menuju ke stesen keretapi Shanghai Hongqiao untuk balik ke Hangzhou. Tiba di stesen keretapi Hangzhou, mak aih….punyalah ramai orang, macam nak tengok konsert, jalan pun perlahan setapak-setapak. Keadaan ramai yang luarbiasa begini adalah di sebabkan oleh orang ramai yang keluar melancong bersempena dengan cuti hari buruh. Tetapi mujurlah di sini keadaan agak terkawal, misalnya siapa yang ingin menaiki teksi, mereka perlu beratur di dalam satu kawasan (mcm dlm terowong). Punyalah lama queue, rasa stress sebab sesak sangat, akhirnya kami berpatah balik dan keluar dari stesen. Jalanraya sesak betul dan jem di sana sini. Bunyi hon kenderaan pun meriah. 

Kami tahan sebuah teksi dan tunjukkan alamat hotel kami. Pemandu teksi tersebut menggeleng kepala. Tak apa, kami tahan teksi kedua, pun sama. Agaknya kami menunggu di jalan yang salah kot. Kami bergerak ke arah jalan lain pula. Serupa jugak, semua pemandu teksi menggelengkan kepala bila melihat alamat hotel kami. Kami cross jalan sana dan sini, sehinggakan ada sebuah kereta persendirian yang berhenti dan bertanya, tapi bila kami tunjukkan alamat hotel dia pun menggelengkan kepala. Hairan jugak, apahalnya dengan tempat hotel ni. Tengok alamat sahaja, semua menggeleng. Macam ada hantu pulak tempat tu…haha. Anak saya siap buat lawak katanya “entah-entah alamat dalam bahasa Cina yang kita tunjuk tu tulis alamat kat Shanghai kot, sebab tu semua teksi kat Hangzhou ni tak nak hantar…hahaha”. Kalaulah saya boleh bertanya kepada mereka "kenapa", tentu senang, tapi disebabkan masalah komunikasi, maka sampai kini kami tidak tahu jawapannya kenapa mereka tidak mahu menghantar kami ke situ sedangnya hotel ini kami pilih berdasarkan lokasinya yang strategik. Besar kemungkinan disebabkan oleh kesesakan yang teruk di kawasan tersebut agaknya. Lebih dari sepuluh teksi kami tahan, semuanya mengecewakan.

Akhirnya suami saya mencadangkan agar kami berjalan kaki sahaja mengikut panduan dari google map di telefon bimbitnya. Jaraknya ialah 6 km, tetapi kata suami saya, jika ikut short cut mungkin tidak berapa jauh. Saya betul-betul keberatan untuk menapak, sakit kaki saya belum baik lagi. Tiba-tiba ada bantuan yang datang. Tengoklah gambar di bawah ni. Kami kata manalah muat nak bawa kami berempat. Alih-alih ada pulak kawan dia yang berhenti. Jadi cukuplah dua motor ni untuk bawa kami berempat. Masa hari pertama saya di Westlake, saya ternampak ada penumpang yang naik kenderaan ini bersama dengan bagasi mereka. Saya rasa kelakar dan tergelak. Tengoklah hari ini, saya pula yang naik kenderaan ini. Itulah lain kali jangan gelakkan orang. Padan muka sayakan!. Tau tak berapa tambang yang mereka kenakan? Kalau naik teksi, tambangnya ialah CNY 11, tapi mereka minta CNY 50 per motor. Jadinya untuk dua motor kami kena bayar CNY 100. Dah sama dengan tambang untuk pergi ke Hangzhou airport. Tapi tak apalah kan, fikir positive, dengan kenderaan ini kami boleh sampai ke hotel dalam tempoh 15 minit sahaja. Habis semua jalan melintang arah diredahnya. Mereka buat u-turn betul-betul ditengah-tengah jalan raya yang sesak, betul-betul di hadapan bas-bas besar. Nampaknya semua kenderaan-kenderaan besar kena mengalah dengan mereka. Mereka hanya membunyikan hon dan terus cross atau buat u-turn. Pejalan-pejalan kaki semua terpaksa ketepi untuk memberi laluan kepada mereka. Kecut perut kami dibuatnya. Adventurous journey…dan trip yang sangat "fun" membuatkan kami tergelak-gelak sepanjang jalan..hehe. Yang penting kaki saya tidak bertambah sakit. Kalau naik teksi, entah berapa lama lah agaknya boleh sampai melihatkan keadaan jem yang sangat teruk waktu itu.



Inilah rupanya kenderaan "penyelamat" sewaktu kami gagal mendapatkan teksi sempena cuti hari buruh.

Kali ini kami menginap di sebuah boutique hotel bernama “Crystal Orange”.  Hari terakhir, kami hanya berjalan-jalan di sekitar kawasan Westlake yang berdekatan dengan hotel. Setiap taman ada kelainan dan keunikannya.  Semuanya terjaga rapi dan bersih sekali. 

westlake
Pada pagi hari minggu, terdapat aktiviti menjual barangan antik. 

Sejujurnya, pengalaman saya ke China ini tidaklah berapa menarik untuk di ceritakan kerana saya tidak dapat melawat banyak tempat seperti yang dirancangkan. Jika diikutkan, kami mahu utilisekan sepenuhnya tiket metro unlimited untuk 3 hari yang kami beli di Shanghai, setidak-tidaknya menaiki beberapa laluan yang berbeza (mereka mempunyai 11 laluan metro) tetapi kami kesuntukan masa.


Sedikit tips yang ingin saya kongsikan kepada sesiapa yang ingin melancong ke China (jika anda tidak menggunakan perkhidmatan travel agent):

  • Rancang betul-betul perjalanan anda. Setiap tempat yang ingin anda lawati, kaji betul-betul lokasi dan cara untuk sampai ke sana.
  • Sediakan alamat di dalam bahasa Mandarin untuk ditunjukkan kepada pemandu teksi atau kepada sesiapa yang berkenaan semasa di sana.
  • Komunikasi merupakan masalah utama. Rata-rata penduduknya tidak boleh berbahasa Inggeris. Jadi, belajarlah sedikit bahasa Mandarin yang mudah-mudah (keyword). Kalau anda sanggup berkorban untuk belajar bahasa Mandarin lebih banyak, sudah tentulah perjalanan anda akan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. (Teringat sewaktu kami ingin memesan air mineral, suami saya menggunakan applikasi dalam telefon bimbitnya untuk mengeluarkan perkataan air mineral dalam bahasa Mandarin…dan pemilik restoran tersebut tergelak dengan cara kami…hehe).
  • Tandas di China tidak menggunakan air, sebaiknya bawa wet tissue atau mineral water sekali.
  • Kajilah peta metro dan bawa ke mana-mana bersama anda (jika anda menaiki metro).
  • Sediakan duit kecil untuk memudahkan urusan membeli-belah dan sebagainya.
  • Jaga ahli keluarga anda baik-baik semasa berada di kawasan yang ramai orang agar tidak terpisah.
  • Jika anda ke fake market, tawar betul-betul sampai puas hati  dan tidak menyesal seperti saya ;-(.
  • Pakai kasut yang sesuai, kerana anda akan banyak berjalan sewaktu di sana.
  • Bawa makanan-makanan kecil seperti snack, chocolate bar, biskut, air dan lain-lain untuk menahan lapar sementara anda sampai ke restoran halal.
  • Elakkan melancong semasa cuti panjang di China (lihat calendar cuti umum mereka)

Saya berasa tidak puas berjalan di sana dan jika ada rezeki dan diizinkan Allah, saya mahu ke sana lagi sewaktu sakura ataupun tulip sedang berkembang.

22 comments:

  1. Best entry ni..banyak tips..hehe..boleh jadikan guide untuk org nak ke negeri China..

    ReplyDelete
  2. Thanks Bilah...appreciate your comment

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Nak tanya..kat Shanghai, Hotel mana yang sis rekomended..which is near to metro line + easy nak cari Halal foods..tq

    ReplyDelete
  4. Wahh..terasa penat pulak...mcm kaki sy yg sakit...i.e. dpt menyelami bersama pengalaman penulis....hehe...nasib baik pglmn sy kt beijing sgt mudah n luxury....sbb pi dgn big boss.....hehe..dpt special treatment.

    ReplyDelete
  5. suhaila....i masih ingat cerita you pasal trip ke beijing tu...hehe. Memanglah luxury, bos you pun dah betul2 jadi vvip skg, mana tak luxury...hehe

    ReplyDelete
  6. To anonymous 3:44, sorry saya tak dapat recommend hotel sbb saya pun tak familiar dengan shanghai. Dulu masa saya nak book, saya tengok lokasi hotel di google map dan saya pilih Shanghai pacific. Lokasinya betul2 berhadapan dgn metro poeple square dan untuk ke restoran halal, kami menaiki teksi lebih kurang 5 minit aja (even kalau nak berjalan ke restoran pun boleh, kalau larat ikut celah2 bangunan tembus ke people square...

    ReplyDelete
  7. saya nak ke shanghai Januari 2014..thanks for your info

    ReplyDelete
  8. Selamat bercuti En. Khairuddin. Semuga semuanya berjalan lancar...

    ReplyDelete
  9. Wah..seronok baca cerita ni..baru rasa cabaran sebenar melancong sendiri...sy sekeluargapun macam tu jugaklah kalau pergi melancong...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membaca. Memang mencabar jika pergi sendiri, saya pun rasa begitu.

      Delete
  10. salam perkenalan...bagus juga dpt baca entri ni...tgh plan nak ke Hangzhou dan shanghai bulan mac ni...harap2 tulip2 dah berkembang masa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini. Selamat bercuti...

      Delete
  11. ya Allah cantiknyaaaa lahai west lake time bunga bunga kembang..
    rasa macam nak repeat lagi.. dulu pi pokok togel =P

    hehe salam kenal..

    ReplyDelete
  12. wah, bestnyerrrrrr, InsyaAllah, bulan 8 ni saya pergi, company belanja, mungkin dah ditentukan semua, tapi harap dapat pergi flower port tu, macam best je, apa2 pun tq atas perkongsian sis :)

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. kalau jadi pelancung, jgn lah berkira sangat dgn duit...orang mesia memang gitu ya. semua yg saya baca, complain soal ongkos

    ReplyDelete