Friday, May 29, 2015

Samsuria Beach Resort Cherating

Agak lama saya ambil masa untuk membuat catatan mengenai percutian ke Kuantan ni.

Saya pergi ke Kuantan pada awal bulan Mei tahun ini. Sebenarnya saya terlepas pandang tentang cuti bersempena dengan hari Wesak dan hari Buruh yang mana bila dicampur dengan hari minggu, maka kita akan dapat cuti panjang selama empat hari.   Dah tinggal seminggu baru saya perasan tentang cuti panjang ni, jadi kami terus merancang untuk bercuti ke Cherating. Masa tu barulah terhegeh-hegeh nak menempah bilik hotel tetapi nampaknya semua hotel telah penuh. Akhirnya saya dapat menempah bilik di Samsuria Beach Resort and Residence yang terletak di Balok, Kuantan. itu pun kekosongon hanya untuk satu malam, check-in pada hari Ahad dan check-out pada hari Isnin.

Walaubagaimanapun, pada hari Sabtu tu dah terasa tak sabar pula untuk pergi ke Kuantan, lagipun kami fikir jika kami terus pergi pada hari Ahad, tentu dah letih untuk berjalan-jalan atau mandi pantai, dan keesokkannya pula dah terpaksa pulang ke KL kerana masing-masing akan mula bekerja dan belajar semula. Jadi kami cuba telefon beberapa hotel di Kuantan untuk menempah bilik pada hari Sabtu. Kebanyakkan hotel memang sudah penuh cuma hotel Seri Malaysia masih ada kosong tapi disebabkan last minute request mereka hanya terima pelanggan walk-in.

Oleh kerana beg pakaian sudah siap, jadi kami terus bergegas untuk pergi ke Kuantan. Bersemangat nih…hehe. Kami tiba di Kuantan pada pukul 5.30 petang dan terus ke Hotel Seri Malaysia. Memang ada bilik kosong di sini tetapi menurut receptionist, mereka tidak pasti bila bilik hotel akan siap dikemas. Mereka pun seperti layan tak layan saja dan kami pun tidak mahu menunggu jadi kami pergi ke Vistana hotel. Tak ada kekosongan di sini. Kemudian kami Grand Continental pula. Penuh juga. Saya dah mula cuak juga takut-takut malam ni terpaksa tidur dalam kereta ataupun terpaksa memandu ke atas lagi…hehe.  Kami ke Shahzan Inn pula. Nampaknya nasib kami baik. Hanya tinggal satu bilik junior suite sahaja yang kosong. Alhamdullilah. Harga bilik tersebut ialah RM 400. Saya rasa bersyukur dapat bilik ini cuma komen saya bilik ini tidak sesuai dengan harganya kerana biliknya kecil (saya pernah menginap di Vistana dengan harga yang lebih murah tetapi saiz bilik yang jauh lebih besar dan kelihatan mewah). Walaubagaimana pun saya rasa oklah, sebab kami semua dapat tinggal di dalam satu bilik, jadi senang nak uruskan semuanya.



Pantai awam di Cherating

Pada hari Ahad kami singgah di Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu Cherating. Masuk adalah percuma dan pelancong digalakkan untuk menderma bagi tujuan pemuliharaan penyu.



Petang hari kami check-in di Samsuria Beach Resort. Hotel ini masih baru. Saya tempah apartment dua bilik dengan harga RM 435 untuk satu malam. Ruangnya luas, cantik dan bersih, berbaloi dengan harga.

Samsuria beach resort cherating

Samsuria beach resort cherating

Samsuria beach resort cherating

Samsuria beach resort cherating


Samsuria beach resort cherating
Ada dapur juga

Samsuria beach resort cherating




Pantai di sini sangat luas, landai. Pasirnya halus  cuma tidak seputih pantai di Cherating. Walaupun semasa di sini saya dimaklumkan bahawa hotel ini penuh dengan tetamu  tetapi keadaannya nampak lenggang. Agaknya jika saya datang pada waktu low season, tentu saya akan berasa seperti resort ini saya yang punya…haha. 

No comments:

Post a Comment