Saya baru
sahaja pulang dari bercuti di Pangkor Laut Resort.
Pangkor
Laut Resort terletak di sebuah pulau persendirian yang mana disini hanya
terdapat sebuah resort sahaja (One Island one resort) yang dimiliki oleh YTL. Ini
merupakan percutian kedua yang saya rasa sangat personalized. Yang pertama
ialah sewaktu saya bercuti di Tanjung Rhu resort di Langkawi pada tahun 2007
(saya tidak menulis tentang percutian ini kerana ianya telah agak lama). Jadi
saya rasa percutian di sini agak istimewa.
Kami
memandu selama kira-kira tiga jam setengah dari rumah kami di Putrajaya untuk
sampai ke jeti khas di Marina Island Pangkor. Sewaktu kami tiba di pejabat
Pangkor Laut Resort di Marina Island, kami telah disambut dengan mesra oleh
petugas-petugas di sini. Mereka terus menguruskan beg-beg kami dan membawa kami
menaiki speed boat. Harga speed boat ialah RM160 untuk seorang dewasa pergi dan
balik. Boat berlepas tepat pada waktunya iaitu pukul 1.00 pm dan perjalanan
mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja.
Sebaik tiba
di jeti di Pangkor Laut Resort, kami disambut oleh petugas resort yang membawa
kami menuju ke bahagian reception. Di situ, setiap kumpulan pelancong akan dilayan
oleh seorang petugas (guest liaison officer) yang akan menerangkan mengenai kemudahan
dan aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di resort ini. Kami dilayan oleh petugas yang bernama Su Mon. Gadis manis ini yang berasal dari Myanmar ini sangat
baik dan peramah. Petugas SPA juga akan memberi penerangan mengenai
perkhidmatan SPA yang terdapat di sini. Untuk makan malam pula, kami dinasihatkan supaya membuat tempahan mengikut waktu yang dikehendaki dimana-mana restoren pilihan
kerana tempat adalah terhad. Tidak semua restoren dibuka untuk makan tengahari
ataupun makan malam. Walaubagaimanapun, setelah membuat tempahan, sekiranya
anda ingin menukar pilihan restoren ataupun masa makan, tidak menjadi masalah
tertakluk kepada kekosongan tempat. Selesai membuat tempahan untuk makan malam, Su Mon kemudian membawa kami ke bilik penginapan di Villa Hillview.
Pada petang
hari pertama kami menaiki shuttle ke Emerald Bay untuk melihat keindahan
matahari terbenam. Perkhidmatan shuttle di sini sentiasa bergerak dan anda
hanya perlu menunggu kira-kira 15 minit (atau kurang) dimana-mana stesen
shuttle.
Sunset di Emerald Bay |
Sekembali
dari Emerald bay, kami terus menuju ke restoren Feast Village untuk menikmati makan
malam. Makanan disini sedap dan portionnya juga agak besar.
Pada hari
kedua, kami mengambil sarapan pada awal pagi. Terdapat banyak pilihan makanan disediakan.
Selepas bersarapan, kami menaiki shuttle untuk ke Emerald bay. Sebenarnya saya
ada membawa kasut sukan kerana pada awalnya saya bercadang untuk mengikuti
jungle trekking bersama naturalist, tetapi kemudian saya menukar fikiran. Saya berasa malas pula dan lebih senang menaiki
shuttle untuk mandi laut di Emerald Bay. Jika anda mengikuti jungle trekking,
ia akan membawa anda sampai ke Emerald bay kira-kira satu jam setengah.
Emerald bay
sangat cantik. Pantainya landai, pasirnya putih dan halus. Air lautnya pula hijau
dan jernih. Setelah puas mandi laut, kami menikmati hidangan makan tengahari di
sebuah restoren yang terdapat di sini iaitu Chapman’s Bar.
Emerald Bay |
Semua
kawasan di sini cantik dan terjaga dengan baik. Keluasan pulau ini ialah 300
ekar dan hanya sebahagian kecil dibangunkan untuk resort manakala selebihnya
ialah hutan hujan tropika yang tidak terusik. Udara di sini sangat nyaman dan
dipenuhi dengan kehijauan. Di sini saya kongsikan gambar-gambar yang diambil disekitar
resort.
Restoran Chapman's Bar dan Fisherman Cove |
Burung Enggang |
Dikelilingi kehijauan |
Pada malam
kedua kami mencuba hidangan di restoren Uncle Lim. Rasa makanannya tentulah
sedap.
Hari
terakhir selepas bersarapan, kami berkemas dan mendaftar keluar. Waktu check
out ialah 11 am tetapi oleh kerana kami menempah boat pada pukul 1.30 pm, maka
kami meminta untuk check out pada pukul 12 pm.
Kami hanya perlu melunaskan bayaran di kaunter dan memulangkan kunci
manakala luggage kami hanya perlu ditinggalkan didalam bilik dan akan diuruskan
oleh petugas resort. Boat berlepas tepat pada pukul 1.30 pm. Hujan agak lebat
pada waktu ini tetapi semua petugas resort memastikan semua urusan berjalan lancar.
Kesemua
staff di resort ini sangat baik dan peramah. Di sini kami ingin acknowledge
beberapa staff yang telah membuat percutian kami lebih diingati iaitu Cik Su
Mon, Chef Nizam (Chapman’s bar), Nicole dan Made (Spa Village). Kami berharap
akan berjumpa mereka lagi di lain masa jika kami berkesempatan untuk ke sini
lagi.
Terbaikkk...10/10
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete