Monday, August 5, 2013

Selamat Datang ke Laman Blog Saya

Selamat datang ke laman blog saya. 

Tujuan saya menulis blog ini sebenarnya, yang pertama hanyalah sekadar untuk suka-suka berkongsi cerita dan pengalaman terutamanya mengenai percutian. Apabila saya ingin bercuti, saya akan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dari pengalaman sebenar blogger. Setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza-beza. Jadi, saya berharap semoga dengan sedikit perkongsian di sini, dapat memberi idea atau manfaat kepada pembaca lain pula.

Sebab yang kedua terbinanya blog ini ialah kerana, kira-kira hampir dua tahun yang lepas, sewaktu saya sudah mula berasa ingin bebas dari rutin harian keluar bekerja di pejabat selama hampir 18 tahun, saya benar-benar mahukan kebebasan untuk melakukan apa yang saya minat dan suka. Berbulan-bulan jugaklah saya berada di dalam dilemma samada betul atau tidak keputusan saya untuk melepaskan jawatan. Saya bimbang kalau-kalau nanti saya akan mati kebosanan (hehe… ada ke orang yang mati kebosanan?). Rakan saya Mag menyakinkan saya, katanya “create a small project to keep you occupied”.  Saya pun mulalah membayangkan projek-projek kecil yang akan saya buat. Kebetulan saya memang sedang berusaha untuk menghasilkan sesuatu tetapi sudah bertahun-tahun tidak dapat disiapkan, alasannya ialah kerana ketiadaan masa (biasalahkan, orang banyak alasan). Saya tertarik dengan idea projek kecil ni, jadi saya nekad untuk berhenti.  Tetapi apa yang jadi selepas saya berhenti kerja? Projek-projeknya entah ke mana…hehe.  Projek yang sepatutnya saya teruskan dengan lebih gigih bila sudah mempunyai masa, pun nampaknya terbengkalai terus, macam tak ada harapan untuk hidup lagi…haihh.  Selalunya saya hanyut dialam maya dari pagi sampai ke petang. Saya rasa macam dalam kerugian pula. Jadi….blog ini kiranya macam satu daripada projek kecil (betul-betul kecil) saya lah untuk mengisi masa lapang.  Walaupun rasa bukan muda lagi (tak mau guna perkataan tua disini..hehe) untuk berblogging ni, tapi tak apalah kan, bak kata pepatah Inggeris “better late than never”. Terima kasih kerana sudi  singgah di blog ini.