Tuesday, April 8, 2014

Tentang Jepun

Pengalaman bercuti di Jepun memang menarik. Semasa hari terakhir berada di Jepun, saya dan anak-anak berasa agak sedih untuk meninggalkan negara Jepun. Sedikit coretan tentang Jepun dari pemerhatian saya:
  • Masyarakat Jepun mempunyai displin diri yang tinggi. Contohnya seperti, mereka akan sabar menunggu sehingga lampu isyarat pejalan kaki bertukar walaupun hanya di lorong kecil yang tidak mempunyai kereta langsung pada ketika itu. Apabila menaiki escalator, automatic mereka akan berdiri disebelah kanan untuk memberi laluan kepada yang ingin bergerak pantas di sebelah kiri. Mereka juga akan beratur semasa menunggu bas atau keretapi dan akan membiarkan penumpang keluar dahulu, barulah mereka menaiki kenderaan tersebut.

  • Banyak vending machine di mana-mana, terjaga dengan baik menunjukkan tiada atau kurang vandalisma.

  • Masyarakat Jepun sangat baik hati dan sudi membantu dengan sedaya upaya apabila kita bertanya, malahan ada yang secara sukarela menawarkan bantuan tanpa dipinta. Selain dari yang saya ceritakan di sini, ada beberapa kali kami dibantu dengan sukarela oleh orang Jepun. Sekiranya bahasa tidak menjadi penghalang, saya pasti remaja Jepun lebih mudah mendekati pelancong.
  • Tips penting : untuk lebih memudahkan, bertanya dengan petugas stesen keretapi, anda akan mendapat jawapan yang sangat ringkas dan tepat, misalnya “down, no 2”. Haa…pandai-pandailah turun ke bawah dan mencari tempat no 2…hehe.

  • Mereka mementingkan penjagaan kesihatan kerana dimana-mana sahaja saya lihat ramai yang memakai mask untuk mengelakkan dari menjangkiti dan dijangkiti penyakit.

  • Rata-rata pekerja mereka sangat berdedikasi, berbudi bahasa dan efficient seperti pembantu bas di Kobe yang saya ceritakan. Pemandu bas juga akan mengucapkan terima kasih kepada setiap penumpang yang turun dari basnya. Begitu juga dengan petugas-petugas lain terutamanya yang bertugas di kaunter/kedai yang saya temui sepanjang disana.

  • Negara Jepun sangat bersih. Tandas awamnya juga sangat bersih.

  • Orang Jepun banyak berjalan dan berjalan dengan laju. Sepanjang disana saya tidak melihat ada yang obes, kebanyakkannya berbadan sederhana atau kurus, mungkin disebabkan mereka banyak berjalan.
  • Saya juga tidak nampak orang Jepun yang makan sambil berjalan atau berdiri (semasa menunggu train atau di dalam train).

  • Kurang tempat duduk. Untuk orang yang tidak biasa berjalan banyak macam saya ni, agak terseksa jugaklah bila berasa penat berjalan dan ingin duduk tetapi tiada kerusi disediakan di stesen-stesen keretapi/stesen bas.

  • Ramai yang membawa anjing bersiar-siar dan semua anjing yang dibawa comel-comel belaka. Apabila anjing mereka kencing atau berak di tepi jalan, mereka akan menyiram air dan mengutip najis anjing ke dalam plastik (walaupun di lorong kecil di tepi semak).

  • Sistem pengangkutan keretapi di Jepun sangat extensive dan efficient. Jika berhasrat untuk melancong ke Jepun, ada baiknya jika membuat kajian serba sedikit terlebih dahulu setidak-tidaknya bila tiba di sana, ada sedikit idea untuk membantu. Tersesat atau tersalah naik train adalah perkara biasa..hehe.
  • Sepanjang saya menaiki bas, jalan tidak jem dan bas tiba tepat/hampir tepat mengikut jadual manakala train pula pasti tiba tepat pada waktu. 

  • Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati terutamanya di Kyoto. Mungkin perlu luangkan lebih banyak masa di sesuatu tempat supaya dapat melawat semua tempat yang dirancang.  



No comments:

Post a Comment