Sudah lama
blog ini terbiar dan lebih dari setahun saya tidak menulis.
Sebenarnya
sejak tahun lepas ibu bapa saya jatuh sakit, jadi ada masa saya terpaksa balik
ke Melaka untuk menjaga mereka dan kadang-kadang membawa mereka ke sini. Jadi
fikiran saya tidak fokus disamping saya sebenarnya tiada mood untuk menulis.
Pada hari ini saya akan menulis semula. Mungkin juga saya akan membuat beberapa
backdated post unuk berkongsi beberapa tempat yang pernah saya pergi dalam
tempoh setahun.
Hari ini
saya ingin berkongsi keindahan satu lokasi di Putrajaya iaitu berhampiran
dengan Putrajaya International Convention Centre (PICC). Saya pergi ke sini
beberapa hari lepas untuk merakam keindahan tempat ini. Ianya terletak kurang
dari sepuluh minit dari rumah saya (dengan kenderaan).
Jom
saksikan beberapa keping gambar yang telah dirakam disekitar kawasan ini.
Putrajaya Lake cruise |
Putrajaya International Convention Centre (PICC) |
Jangan lupa ambil gambar diri sendiri... ;-) |