Thursday, October 26, 2017

Berjaya Tioman Resort

Sudah sangat lama saya tidak menjengah dan update blog ini walaupun saya ada pergi bercuti ke beberapa lokasi percutian. Inilah akibatnya apabila suka bertangguh, lama kelamaan saya jadi tiada mood untuk terus menulis. Sebelum saya betul-betul terlupa, di sini saya akan membuat sedikit coretan ringkas mengenai percutian kami sekeluarga ke Pulau Tioman beberapa bulan yang lepas.

Kami menempah penginapan di Berjaya Tioman Resort (BTR) selama empat hari tiga malam. Untuk ke BTR kami membuat keputusan untuk menaiki feri yang disediakan khas oleh Berjaya Tioman Resort. Untuk menaiki feri ini kita harus membuat tempahan terlebih dahulu dengan pihak hotel. Harga tiket feri untuk seorang dewasa ialah RM75 pergi dan balik. Kami hanya menelefon pihak hotel untuk reserve seat dan bayaran dibuat semasa check out di hotel. 

Jika ingin menempah, boleh juga hubungi nombor yang tertera di kaunter ini. 



Suasana di terminal feri di Jeti Tanjung Gemuk

Kami keluar dari rumah pada awal pagi dan tiba di jeti Tanjung Gemok pada pukul 9.30 pagi. Perjalanan dari Putrajaya ke Jeti Tanjung Gemok mengambil masa kira-kira empat jam melalui jalan ke Muadzam. Jeti Tanjung Gemok ini jauh lebih kecil dari Jeti Mersing tetapi kemudahan yang disediakan agak baik dan selesa.  Suasana di sini jauh lebih teratur mungkin disebabkan oleh kuantiti pelancong yang tidak ramai berbanding di Mersing.

Untuk ke Pulau Tioman, pelancong perlu membeli tiket Taman Laut Malaysia yang ada dijual di jeti ini. Harganya tidak mahal, cuma RM 5.00 seorang.


Map Pulau Tioman. Saya nampak Jahat Island...hehe

Feri bertolak tepat pada masanya iaitu pada pukul 12.00 tengahari. Hanya satu perjalanan sahaja dibuat dalam sehari iaitu dari Tanjung Gemok ke Kg. Tekek, BTR pada pukul 12.00 pm manakala dari Kg.Tekek, BTR ke Tg. Gemok pula ditetapkan pada pukul 3.00 pm. Perjalanan menaiki feri mengambil masa kira-kira satu jam setengah ke dua jam. Feri yang disediakan bersaiz sederhana dan boleh memuatkan 60 orang penumpang. Feri ini akan membawa penumpang dari Jeti Tanjung Gemuk terus ke jeti di Kg. Tekek, BTR tanpa berhenti di mana-mana perhentian lain.

Sebaik tiba di jeti BTR, pihak hotel telah menyediakan pengangkutan untuk membawa pelanggan hotel ke lobi yang terletak hanya beberapa minit menaiki bas. Keseluruhannya perkhidmatan menaiki feri ini sangat memuaskan hati kerana bagasi kami diuruskan sepenuhnya oleh pihak hotel. Ya, kita boleh berlenggang kangkong sahaja..hehe.

Pemandangan di Pulau Tioman


Kami ada mengambil video di persekitaran Berjaya Tioman Resort, termasuk Pulau Renggis menggunakan drone.





Chalet di Berjaya Tioman Resort




Kolam renang dan pantai di BTR


Di lobi hotel BTR terdapat kaunter yang menjual pakej Island hoping, satu dimiliki oleh Persatuan Bot Pulau Tioman manakala satu lagi dikendalikan oleh BTR.  Oleh kerana kami mula approach kaunter persatuan dan telah bertanya berbagai maklumat serta tawar menawar, maka kami memutuskan untuk menyewa sebuah boat (chartered) dengan harga RM 750 termasuk peralatan snorkelling, roti ikan dan air mineral akan disediakan.

Untuk pakej ini kami akan di bawa untuk snorkelling di Pasir Panjang (Long Beach), Teluk Genting, Shark Point, singgah makan tengahari di Kampung Salang, kemudian sambung semula snorkeling di Marine Park dan Pulau Rengis. Enam lokasi kesemuanya.

Pada hari kedua, selepas bersarapan pagi kami di bawa menuju ke Jeti Kampung Tekek dimana sebuah bot telah disediakan untuk kami.

Kami teruja untuk snorkelling di Pulau Tioman ini kerana airnya jernih, memang dah berangan nak berenang dikelilingi ikan-ikan, tetapi….. malangnya tuan punya bot terlupa pula nak bawa roti untuk ikan.. Kecewa betul. Mereka juga terlupa untuk membawa air mineral. Apapun, mari saksikan sedikit video yang kami ambil semasa snorkelling di Pasir Panjang (Long Beach). 





Dibawah ini pula gambar corals yang di ambil semasa snorkeling di Teluk Genting.



Persinggahan di tempat ketiga ialah di Shark point. Tiada gambar yang di ambil disini...sorry....  Coral di sini pun biasa-biasa saja, ikan shark pun tak ada di sini...hehe. 

Seterusnya, kami singgah di Kampung Salang untuk makan tengahari. 




Selepas makan tengahari, kami terus ke Marine Park. Namun semasa tiba di sini, hujan turun dengan sangat lebat. Kami hanya spend masa sekejap sahaja disini. Masa ni memang dah tak boleh ambil video kerana bateri camera dah kong, jadi kami dapatlah snap sedikit gambar ikan di sini. 



Perhentian terakhir ialah snorkeling di Pulau Renggis.  Agak menarik di sini, kerana coralnya banyak dan cantik. Airnya juga jernih.

Pulau Renggis


Setelah puas snorkeling disini, mereka menghantar kami pulang terus ke BTR kerana antara jarak pulau Renggis dengan BTR sangat dekat.


Selebihnya semasa waktu lapang kami menghabiskan masa berenang di pantai di BTR. Sejujurnya saya rasa sangat seronok berenang di sini kerana tiada limit masa, kami boleh berenang sepuas-puasnya...dan...ikan-ikan disini pun cantik-cantik berwarna warni dan berbagai jenis. 




Yay...enjoy swimming here...



Ikan-ikan yang terdapat di pantai Berjaya Tioman resort. Not bad! Tak perlu pergi jauh.



Sunset di Berjaya Tioman Resort. Indah.
Suasana malam disini sangat indah, Langit kelihatan cerah tanpa awan, jadi kami boleh nampak bulan dan bintang dengan jelas. Let's Moon gazing and star gazing.
   
Bulan kelihatan sangat terang dan cantik pada malam ini


Terdapat banyak bintang-bintang dilangit. Sangat cantik.


Well, nampaknya hanya ini sahaja yang dapat dikongsikan mengenai percutian ke Pulau Tioman....sekadar coretan biasa...


1 comment:

  1. Salam, nk tanya, sy igt nk book hotel daripada amik pakej2 yg lagi mahal kan jatuh per head, hotel sy amik dlm 260,untuk 4 org, lpstu jetty 75 sorang kan, kalau snorkeling bole tahu, ada harga perhead x?

    ReplyDelete