Hari ini merupakan hari terakhir di Hong Kong.
Untuk menaiki shuttle pada pukul 8.30 pagi terasa macam terlalu awal, jadi
kami buat keputusan untuk menaiki teksi. Perjalanan dengan teksi sangat lancar
dan tambang yang dikenakan hanyalah HKD 265 sahaja. Selepas check in kami pergi ke
kaunter airport express untuk menuntut baki wang yang masih ada di dalam kad Octopus. Caj yang
dikenakan untuk proses ini adalah HKD 9 sahaja. Sementara menunggu flight kami
pada pukul 1.15 petang, sempat lagi kami bershopping souvenir Disneyland dan
membeli beberapa helai baju sejuk. Harga souvenir di HKIA sama seperti di
Disneyland.
Semasa kami sedang menunggu untuk boarding, seorang petugas
dari Hong Kong tourism datang kepada kami untuk membuat survey mengenai pelancongan di
Hong Kong. Seperti biasa mereka bertanya jika kami mempunyai apa-apa cadangan untuk
pembaikan, jadi kami mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan supaya tempat-tempat pelancongan utama
disediakan sebuah bilik kecil untuk tujuan bersolat bagi masyarakat Muslim.
Mungkin permintaan ini agak sukar untuk dilaksanakan di negara yang majoriti
rakyatnya bukan beragama Islam tetapi setidak-tidaknya kita telah memaklumkan
kepada mereka. Tidak lupa, kami juga
mentioned mengenai kurangnya tandas awam di kawasan subway/MTR.
Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan percutian ke
Hong Kong pada kali ini kerana kami dapat pergi kesemua tempat yang telah kami
rancangkan. Jika ada rezeki dan kesihatan yang baik, Insha Allah, saya mahu
datang ke sini lagi untuk ke Disneyland semula dan mungkin boleh pergi ke Ocean Park pula.