Pada hari ini kami membeli tiket Kyoto city bus (one day pass) yang
berharga ¥500/pax daripada kaunter penyambut tetamu hotel. Destinasi pada hari
ini ialah ke Nara (separuh hari) dan ke Arashiyama serta Kinkakuji temple di
sebelah petang.
Kami menaiki Kyoto City bus menuju ke Kyoto station. Memandangkan kad
ICOCA juga cover private train, maka kami memutuskan untuk ke Nara dengan menaiki
Kintetsu Express train kerana Kintetsu Nara station lebih hampir dengan Nara
park berbanding JR Nara station.
Empat puluh lima minit perjalanan kami sampai di Nara. Hari yang indah,
cuaca pun sejuk dan sangat nyaman.
Dari jauh telah kelihatan rusa-rusa
berkeliaran di taman. Kami berhenti sebentar untuk bergambar dengan rusa-rusa
di taman. Ada rusa yang memang pandai
berposing, diam berdiri membiarkan kami mengambil gambar dengan mereka. Sedang
berjalan, saya ternampak sebuah gerai menjual keledek rebus. Apalagi, tentulah
kami membelinya. Harga sebiji keledek yang di beli seberat 500 gm ialah ¥1000.
Baru saja kami ingin duduk di bangku untuk menikmati keledek rebus, seekor rusa
datang menghampiri. Nampaknya terpaksa berkongsi sedikit makanan dengan si rusa.
Comel betul rusa-rusa di sini, kebanyakkannya jinak-jinak belaka.
Rusa sedang meminta sedikit makanan...hehe |
Selesai
makan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Todaiji Temple. Di sini kelihatan
lebih banyak rusa dan lebih ramai pelancong. Besar betul Todaiji temple ini.
Todaiji Temple, Nara |
Selesai
mengambil gambar dan membeli sedikit cenderamata di sini, kami berjalan balik
menuju ke stesen keretapi melalui jalan di dalam taman, dan kemudiannya melalui
deretan kedai-kedai sebelum tiba di stesen keretapi. Sempat singgah membeli
buah epal dan limau di sini. Pemilik kedai sungguh baik hati memotong buah epal
untuk kami supaya mudah untuk dimakan.
Kami juga melalui sebuah lagi temple yang agak popular disini iaitu Kofukuji temple tetapi kelihatannya ianya sedang di baik pulih. Kami mengambil train pukul 1.15 tgh untuk pulang ke Kyoto station. Tiba di Kyoto station, kami mengambil bas bernombor 206 untuk pulang ke hotel.

Pukul 3.30 petang, kami keluar semula untuk ke Arashiyama. Stesen
keretapi khas untuk ke Arashiyama terletak hanya di seberang jalan dari hotel Village Kyoto. Senang betul nampaknya. Kami bercadang untuk menaiki Sagano
Scenic Train dari Saga Arashiyama station ke Kameoka station, jadi kami turun
di Saga Arashiyama.
Apabila tiba di kaunter penjualan tiket, kami dimaklumkan bahawa jualan tiket Sagano Scenic train telah ditutup untuk hari itu. Saya berasa kecewa. Kami masuk ke dalam stesen dan menunggu keretapi untuk meneruskan perjalanan ke Kameoka. Tiba-tiba saya perasan bahawa satu tarikan istimewa iaitu bamboo groove terletak tidak jauh dari Saga Arashiyama station. Maka kami meminta petugas stesen keretapi membatalkan transaksi kad ICOCA yang baru di touch kerana kami akan keluar dari stesen keretapi untuk berjalan ke Bamboo groove. Kira-kira 15 minit berjalan kami memasuki kawasan Bamboo groove. Memang cantik seperti di dalam gambar-gambar yang saya lihat di internet.

Oleh kerana sudah masuk ke dalam kawasan Bamboo
groove, maka kami meneruskan perjalanan sehingga ke Togetsukyo bridge. Jauh
juga perjalanannya, rasanya lebih dari satu kilometer baru sampai ke jambatan
ini. Kami melalui sebuah temple yang terkenal disini iaitu Tenryuji temple,
tetapi malangnya temple ini telah ditutup kerana hari sudah lewat petang.
Arashiyama area |
Dari area Togetsukyo bridge, kami menaiki bas pusing-pusing Kyoto sehingga
ke perhentian yang terakhir sebelum menukar bas lain untuk pulang ke hotel.
Kami terpaksa skip lawatan ke Kinkakuji temple kerana hari sudah gelap.