Tuesday, April 8, 2014

Tentang Jepun

Pengalaman bercuti di Jepun memang menarik. Semasa hari terakhir berada di Jepun, saya dan anak-anak berasa agak sedih untuk meninggalkan negara Jepun. Sedikit coretan tentang Jepun dari pemerhatian saya:
  • Masyarakat Jepun mempunyai displin diri yang tinggi. Contohnya seperti, mereka akan sabar menunggu sehingga lampu isyarat pejalan kaki bertukar walaupun hanya di lorong kecil yang tidak mempunyai kereta langsung pada ketika itu. Apabila menaiki escalator, automatic mereka akan berdiri disebelah kanan untuk memberi laluan kepada yang ingin bergerak pantas di sebelah kiri. Mereka juga akan beratur semasa menunggu bas atau keretapi dan akan membiarkan penumpang keluar dahulu, barulah mereka menaiki kenderaan tersebut.

  • Banyak vending machine di mana-mana, terjaga dengan baik menunjukkan tiada atau kurang vandalisma.

  • Masyarakat Jepun sangat baik hati dan sudi membantu dengan sedaya upaya apabila kita bertanya, malahan ada yang secara sukarela menawarkan bantuan tanpa dipinta. Selain dari yang saya ceritakan di sini, ada beberapa kali kami dibantu dengan sukarela oleh orang Jepun. Sekiranya bahasa tidak menjadi penghalang, saya pasti remaja Jepun lebih mudah mendekati pelancong.
  • Tips penting : untuk lebih memudahkan, bertanya dengan petugas stesen keretapi, anda akan mendapat jawapan yang sangat ringkas dan tepat, misalnya “down, no 2”. Haa…pandai-pandailah turun ke bawah dan mencari tempat no 2…hehe.

  • Mereka mementingkan penjagaan kesihatan kerana dimana-mana sahaja saya lihat ramai yang memakai mask untuk mengelakkan dari menjangkiti dan dijangkiti penyakit.

  • Rata-rata pekerja mereka sangat berdedikasi, berbudi bahasa dan efficient seperti pembantu bas di Kobe yang saya ceritakan. Pemandu bas juga akan mengucapkan terima kasih kepada setiap penumpang yang turun dari basnya. Begitu juga dengan petugas-petugas lain terutamanya yang bertugas di kaunter/kedai yang saya temui sepanjang disana.

  • Negara Jepun sangat bersih. Tandas awamnya juga sangat bersih.

  • Orang Jepun banyak berjalan dan berjalan dengan laju. Sepanjang disana saya tidak melihat ada yang obes, kebanyakkannya berbadan sederhana atau kurus, mungkin disebabkan mereka banyak berjalan.
  • Saya juga tidak nampak orang Jepun yang makan sambil berjalan atau berdiri (semasa menunggu train atau di dalam train).

  • Kurang tempat duduk. Untuk orang yang tidak biasa berjalan banyak macam saya ni, agak terseksa jugaklah bila berasa penat berjalan dan ingin duduk tetapi tiada kerusi disediakan di stesen-stesen keretapi/stesen bas.

  • Ramai yang membawa anjing bersiar-siar dan semua anjing yang dibawa comel-comel belaka. Apabila anjing mereka kencing atau berak di tepi jalan, mereka akan menyiram air dan mengutip najis anjing ke dalam plastik (walaupun di lorong kecil di tepi semak).

  • Sistem pengangkutan keretapi di Jepun sangat extensive dan efficient. Jika berhasrat untuk melancong ke Jepun, ada baiknya jika membuat kajian serba sedikit terlebih dahulu setidak-tidaknya bila tiba di sana, ada sedikit idea untuk membantu. Tersesat atau tersalah naik train adalah perkara biasa..hehe.
  • Sepanjang saya menaiki bas, jalan tidak jem dan bas tiba tepat/hampir tepat mengikut jadual manakala train pula pasti tiba tepat pada waktu. 

  • Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati terutamanya di Kyoto. Mungkin perlu luangkan lebih banyak masa di sesuatu tempat supaya dapat melawat semua tempat yang dirancang.  



Day 6 - Osaka

Hari ini merupakan hari terakhir percutian di Osaka. Flight kami ialah pada pukul 4.45 petang. Rancangan pada hari ini ialah sebelum mendaftar keluar hotel kami akan mengunjungi Osaka castle yang terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari hotel. Sewaktu kami melangkah kaki keluar dari hotel, hujan hanyalah sederhana lebat tetapi setelah separuh perjalanan hujan bertukar menjadi lebat. Habis basah kuyup baju dan kasut (termasuklah stokin). Sebenarnya saya bercadang untuk bergambar seberapa banyak di sekitar Osaka castle kerana di sini terdapat banyak pokok sakura yang bunganya sudah berkembang, tetapi malangnya hujan yang lebat menyukarkan pergerakan kami. Akhirnya apabila tiba di Osaka castle, setelah mengambil sedikit sebanyak gambar, kami berjalan balik menuju ke bilik hotel untuk mengeringkan diri.



osaka castle



osaka castle
Dari bilik hotel New Otani

Pohon sakura (view dari bilik hotel New Otani)

osaka castle
Osaka Castle dari bilik hotel New Otani (waktu ni sedang hujan)

Pukul 12.30 tengahari kami mendaftar keluar hotel dan menaiki train terus ke Kansai airport. Tiba di airport, suami saya ingin membuat refund kad ICOCA untuk baki wang yang tidak habis digunakan berserta deposit tetapi nampaknya queue sangat panjang, maka kami pergi ke kaunter Air Asia dahulu untuk check-in (mujur saya telah membuat web check-in semasa di Kuala Lumpur maka tak perlulah kami beratur panjang, sebaliknya hanya drop luggage sahaja). Selesai urusan check-in kami bergegas ke kaunter JR semula untuk urusan refund kad ICOCA. Sekiranya anda menggunakan kad ICOCA anda mungkin perlu memikirkan untuk datang ke airport awal sedikit kerana selalunya di kaunter JR, queue akan mengambil masa.

Saya rasa berbaloi menggunakan prepaid kad ICOCA & Haruka Express kerana kos keseluruhan yang dibelanjakan tidak jauh beza dari yang saya rancangkan (iaitu menggunakan Kansai area pass), malahan dengan kad ICOCA, kami boleh menaiki hampir kesemua train dan subway tanpa membeli tiket lain berasingan. Sepanjang berada disana, kami membuat top up sebanyak ¥4000, on top of ¥4000 yang kami bayar semasa membeli kad ICOCA pada hari pertama. Kami mendapat refund semula sebanyak ¥1070.

Kos ground transportation sepanjang enam hari berada di Osaka ialah:

Train dan subway (ICOCA & Haruka Express) = ¥6930 / pax
Kyoto city bus  = ¥500 x 2 hari (¥1000 / pax dewasa)
Kobe city loop bus = ¥650 / pax dewasa


Tentang makanan pula, tiada masalah langsung. Bukan kerana kami telah menjumpai kedai makanan halal disana tetapi kerana kami membawa bekalan makanan sendiri. Haaa…tengoklah gambar makanan di bawah ni, jangan terkejut..hehe. Dengan membawa makanan sendiri, selain dari dapat menjimatkan wang, kami juga dapat menjimatkan masa daripada mencari kedai makanan halal. 


Alhamdullilah. Makanan yang kami bawa melepasi imigresen Jepun tanpa masalah. 

Day 5 - Kobe & Osaka

Awal pagi kami keluar menaiki train Osaka loop line menuju ke Osaka station. Dari Osaka station, kami menaiki JR Kobe Line untuk ke Kobe. Setiba di Sannomiya stesen, kami pergi ke Kobe tourist information untuk mendapatkan maklumat tentang Kobe. Di sini kami membeli tiket Kobe city loop bus (one day pass) yang berharga ¥650/pax dewasa (¥350 untuk kanak-kanak).

Saya rasa menjelajah bandar Kobe dengan menaiki city loop bus adalah satu langkah yang terbaik. Bas ini akan berhenti di tempat-tempat menarik di sekitar Kobe. Kita boleh turun di mana-mana perhentian bas yang kita ingin dan kemudian boleh naik semula di mana-mana perhentian city loop bus. Bas ini juga mempunyai pembantu bas wanita yang bertindak seperti pemandu pelancong. 

Sepanjang saya menaiki bas ini, saya dapati pembantu bas ini bercakap tanpa berhenti. Apabila tiba di perhentian bas dia akan menjerit-jerit sedikit (tetapi suaranya tetap lembut) meminta orang menaiki bas, menyuruh memenuhkan ruang di dalam bas, meminta tambang bas, kemudian dia akan menggunakan microphone dan dalam sekerlipan dia menukar suaranya ke dalam bentuk komersial untuk menerangkan mengenai tempat-tempat menarik di sepanjang laluan bas.  Saya rasa sikapnya agak comel….hehe. Tidak berhenti-henti dia bercakap dan mengucapkan arigato gozaimas kepada setiap orang sehinggakan saya yang mendengarnya pun berasa penat…hehe. Apa yang boleh saya katakan, pekerja di Jepun memang sangat berdedikasi, mereka melaksanakan tugas mereka dengan penuh minat dari mula sehingga akhir. 


Didalam city loop bus, Kobe. Yang bertopi tu ialah pembantu bas

kobe

kitano cho
Kitano cho


kobe


kobe

kobe harbourland
Kobe Harbour Land

kobe


kobe




kobe




Anjing ni sangat comel, saiznya lebih kecil dari kucing saya. Setelah mengambil gambar, wanita ini mengucapkan arigato gozaimas kepada saya (sepatutnya saya yang mengucapkan terima kasih..hehe. Mereka sangat berbudi bahasa). 


kobe


Dari Kobe harbourland kami menaiki bas semula menuju ke Sannomiya station. Di sini kami masuk ke pusat membeli-belah yang terletak berdekatan dengan stesen keretapi. Panjang betul pusat membeli-belah disini, berbagai-bagai barangan ada dijual disini. Pada pendapat saya, Kobe merupakan sebuah bandar yang cantik dan bersih. 


Pukul 1.00 tgh kami telah siap melawati Kobe dan pulang ke hotel New Otani. Disebelah petang, kami menaiki train Osaka Loop line dan turun di Nishikujo untuk mengambil train ke Universal studio Japan. Hanya berjalan-jalan di luar kawasan universal studio, berposing dan mengambil gambar. Oh ya, semasa anak sedang mengambil gambar saya, seorang remaja perempuan Jepun mencuit bahunya menawarkan untuk mengambil gambar kami berdua. Baik betul hatinya.  Menarik juga kedai-kedai yang ada di sini. Kami membeli sedikit cenderamata sebelum pulang ke hotel.



osaka

Membeli gifts di sini



Day 4 - Kyoto & Osaka

Hari terakhir di Kyoto, kami sekali lagi membeli tiket Kyoto city bus (one day pass) untuk pergi ke Nijo Castle.

nijo castle
Di bahagian hadapan Nijo Castle

nijo castle
Nijo Castle

nijo castle
Nijo Castle

Sebuah taman di dalam Nijo Castle

Pukul 12.00 tgh kami mendaftar keluar dari hotel dan menaiki bas ke Kyoto station. Dari Kyoto station kami menaiki keretapi menuju ke Osaka station. Tiba di Osaka station, disebabkan terlalu banyak train, maka kami agak ragu-ragu dengan train yang patut kami naiki. Sedang suami dan anak-anak saya sibuk membelek map keretapi, seorang wanita cantik yang sangat fasih berbahasa Inggeris menyapa saya, bertanya arah tujuan kami. Dia berkata kami menunggu di trek yang betul kerana dia juga menghala ke laluan yang sama.  Saya bertanya adakah dia juga seorang tourist seperti kami. Dengan pantas dia menyangkal. Rupanya dia ialah seorang wanita tempatan yang tinggal di Korea (suaminya berbangsa Korea) dan ketika itu pulang bercuti ke kampung halamannya. Dia sempat menyatakan tentu susah untuk pelancong melancong ke negara Jepun kerana majority orang Jepun tidak tahu berbahasa Inggeris. Saya katakan itu tidak menjadi masalah kerana orang Jepun suka membantu. Sebenarnya sepanjang perjalanan dari Kyoto ke Osaka ini telah berkali-kali kami bertanya samada kepada orang biasa ataupun petugas stesen keretapi dan kesemua mereka sedaya upaya cuba membantu kami walaupun kami bercakap didalam bahasa yang berbeza..hehe. Sehingga hampir tiba ke stesen yang kami tujui wanita ini masih membantu dengan memberitahu kami patut turun di stesen seterusnya. Baik betul wanita ini!

Kami turun di stesen Osaka jo-koen dan berjalan menuju ke hotel New Otani.


new otani hotel
Hotel New Otani, Osaka
new otani hotel
Bilik hotel New Otani





new otani hotel
Lobby hotel New Otani Osaka

Pemandangan di luar hotel New Otani Osana

Disekitar New Otani Osaka. Pokok-pokok masih hanya ranting lagi
sakura
Bunga sakura yang hampir berkembang sepenuhnya (berhampiran hotel New Otani)

Orang sudah mula berkelah dibawah pokok sakura

sakura
Bunga sakura

Pukul 5.30 petang kami menaiki Osaka Loop line ke Osaka station. Tujuan kami ialah untuk ke Umeda Sky Building. Tiba di Umeda sky building, kami membeli tiket untuk ke Floating Garden Observatory yang terletak di tingkat 39. Setibanya di kawasan observatory ni, whoaaa…saya terpesona melihat keindahan bandar Osaka di waktu malam. Sangat cantik!!!. Mari lihat beberapa keping gambar bandar Osaka diwaktu malam yang di ambil dari roof top observatory dan floating garden observatory, Umeda Sky building.

umeda sky building
Umeda Sky Building

Bandar Osaka di waktu malam



umeda sky building




umeda sky building




Yodobashi Camera

Keluar dari Umeda Sky building, kami singgah di Yodobashi Camera, sebuah kedai menjual peralatan electronic yang besar untuk membeli bateri kamera kami yang sudah tidak berfungsi (masa ni pulaklah bateri kong..hehe). Macam-macam peralatan elektronik dan gadgets terdapat di sini. Kalau banyak duit, memang rasa ingin memborong macam-macam di sini…haihhh….

Day 3 - Nara & Kyoto

Pada hari ini kami membeli tiket Kyoto city bus (one day pass) yang berharga ¥500/pax daripada kaunter penyambut tetamu hotel. Destinasi pada hari ini ialah ke Nara (separuh hari) dan ke Arashiyama serta Kinkakuji temple di sebelah petang.

Kami menaiki Kyoto City bus menuju ke Kyoto station. Memandangkan kad ICOCA juga cover private train, maka kami memutuskan untuk ke Nara dengan menaiki Kintetsu Express train kerana Kintetsu Nara station lebih hampir dengan Nara park berbanding JR Nara station.

Empat puluh lima minit perjalanan kami sampai di Nara. Hari yang indah, cuaca pun sejuk dan sangat nyaman. 



Dari jauh telah kelihatan rusa-rusa berkeliaran di taman. Kami berhenti sebentar untuk bergambar dengan rusa-rusa di taman.  Ada rusa yang memang pandai berposing, diam berdiri membiarkan kami mengambil gambar dengan mereka. Sedang berjalan, saya ternampak sebuah gerai menjual keledek rebus. Apalagi, tentulah kami membelinya. Harga sebiji keledek yang di beli seberat 500 gm ialah ¥1000. Baru saja kami ingin duduk di bangku untuk menikmati keledek rebus, seekor rusa datang menghampiri. Nampaknya terpaksa berkongsi sedikit makanan dengan si rusa. Comel betul rusa-rusa di sini, kebanyakkannya jinak-jinak belaka. 

nara para
Rusa sedang meminta sedikit makanan...hehe






nara



Selesai makan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Todaiji Temple. Di sini kelihatan lebih banyak rusa dan lebih ramai pelancong. Besar betul Todaiji temple ini. 

todaiji temple
Todaiji Temple, Nara


Selesai mengambil gambar dan membeli sedikit cenderamata di sini, kami berjalan balik menuju ke stesen keretapi melalui jalan di dalam taman, dan kemudiannya melalui deretan kedai-kedai sebelum tiba di stesen keretapi. Sempat singgah membeli buah epal dan limau di sini. Pemilik kedai sungguh baik hati memotong buah epal untuk kami supaya mudah untuk dimakan. 




Kami juga melalui sebuah lagi temple yang agak popular disini iaitu Kofukuji temple tetapi kelihatannya ianya sedang di baik pulih. Kami mengambil train pukul 1.15 tgh untuk pulang ke Kyoto station. Tiba di Kyoto station, kami mengambil bas bernombor 206 untuk pulang ke hotel.

Pukul 3.30 petang, kami keluar semula untuk ke Arashiyama. Stesen keretapi khas untuk ke Arashiyama terletak hanya di seberang jalan dari hotel Village Kyoto. Senang betul nampaknya. Kami bercadang untuk menaiki Sagano Scenic Train dari Saga Arashiyama station ke Kameoka station, jadi kami turun di Saga Arashiyama. 

Apabila tiba di kaunter penjualan tiket, kami dimaklumkan bahawa jualan tiket Sagano Scenic train telah ditutup untuk hari itu. Saya berasa kecewa. Kami masuk ke dalam stesen dan menunggu keretapi untuk meneruskan perjalanan ke Kameoka. Tiba-tiba saya perasan bahawa satu tarikan istimewa iaitu bamboo groove terletak tidak jauh dari Saga Arashiyama station. Maka kami meminta petugas stesen keretapi membatalkan transaksi kad ICOCA yang baru di touch kerana kami akan keluar dari stesen keretapi untuk berjalan ke Bamboo groove.  Kira-kira 15 minit berjalan kami memasuki kawasan Bamboo groove. Memang cantik seperti di dalam gambar-gambar yang saya lihat di internet. 



Oleh kerana sudah masuk ke dalam kawasan Bamboo groove, maka kami meneruskan perjalanan sehingga ke Togetsukyo bridge. Jauh juga perjalanannya, rasanya lebih dari satu kilometer baru sampai ke jambatan ini. Kami melalui sebuah temple yang terkenal disini iaitu Tenryuji temple, tetapi malangnya temple ini telah ditutup kerana hari sudah lewat petang.

Arashiyama area

arashiyama

arashiyama
Kalau penat berjalan, boleh menaiki beca ini...

arashiyama


Dari area Togetsukyo bridge, kami menaiki bas pusing-pusing Kyoto sehingga ke perhentian yang terakhir sebelum menukar bas lain untuk pulang ke hotel. Kami terpaksa skip lawatan ke Kinkakuji temple kerana hari sudah gelap.