Showing posts with label Kiyumezudera. Show all posts
Showing posts with label Kiyumezudera. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

Day 2 : Kyoto

Pukul 9.00 pagi kami melangkah keluar dari hotel. Hujan agak lebat. Singgah sebentar di kedai Daisho untuk membeli payung dengan harga ¥400 satu. Tujuan pada hari ini ialah untuk melawat Fushimi Inari, Kiyumezudera, Gion dan Ginkakuji. Sepatutnya pada hari ini kami membeli tiket Kyoto city bus (one day pass) tetapi memandangkan kami sudah mempunyai ICOCA card, maka kami terus menuju ke subway station untuk menaiki train ke Fushimi Inari (station ini hanya terletak kira-kira dua minit berjalan kaki dari hotel Village Kyoto).

Train yang kami naiki rupanya tidak berhenti di Fushimi Inari kerana ia merupakan rapid train yang hanya berhenti di stesen-stesen tertentu sahaja. Apabila train berhenti, kami turun dan menaiki train lain untuk berpatah balik ke Fushimi Inari.

fushimi inari kyoto
Torii gate - Fushimi Inari

fushimi inari kyoto


fushimi inari kyoto

Selepas melawat Fushimi Inari, kami menaiki train untuk ke Kiyumizudera pula. Sebaik turun di Kiyumizudera station, kami mula menapak menuju ke Kiyumezudera temple. Jauh betul perjalananannya, rasanya lebih dari satu kilometer kami berjalan barulah sampai. Ramai betul pengunjung di sini. Hujan yang lebat menyukarkan kami untuk berposing dan mengambil gambar. Kelihatan sebahagian dari bangunan Kiyumezudera temple ini sedang dibaik pulih.


kiyumizudera temple
Sebahagian dari bangunan Kiyumedera temple sedang dibaik pulih





Kami keluar dari Kiyumezudera temple untuk menuju ke stesen keretapi mengikut laluan yang dilalui oleh ramai pejalan kaki. Rasanya kami memasuki laluan ke Higashiyama/Gion tetapi saya tidak berapa pasti. Entah dimana terletaknya stesen keretapi, setelah agak lama berjalan, masih tidak nampak papan tanda stesen keretapi, rasanya kami macam tersesat, kaki pun sudah penat dan perut pun sudah lapar. Kami ada membawa bekalan makanan, tetapi nampaknya tiada tempat yang sesuai untuk makan, tambahan pula hari masih hujan. Sedang berjalan, saya ternampak sebuah gerai menjual buah berangan. Saya tertarik melihat buah berangan yang bersaiz besar. Harga sebungkus buah berangan (lebih kurang 8 biji) ialah ¥1000. Hati berasa seronok kerana nampaknya ada juga makanan yang boleh di makan oleh kami di Jepun ini.

Buah berangan

Kami meneruskan perjalanan mencari stesen keretapi dan tanpa sedar kami telah memasuki ke dalam satu kawasan temple. Melihat kepada map yang terdapat disitu, kami rupanya telah memasuki kawasan Kodai-ji temple. Oh… saya ingat temple ini agak terkenal untuk dilawati. Tetapi rupanya temple yang saya nampak bukanlah Kodai-ji temple sebaliknya temple bersebelahannya iaitu Kennin-ji temple.

japan


Kenninji temple

Jam sudah melepasi pukul 2.00 petang. Oleh kerana perut sudah lapar, maka kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel. Walaupun kaki berasa sakit dan penat, tetapi sebenarnya laluan yang kami tempuhi untuk ke stesen keretapi dari Kiyumezudera temple amat menarik sekali. Di sepanjang jalan kami dapat melihat rumah-rumah orang Jepun, kedai-kedai, bunga-bunga dan lorong-lorong kecil yang bersih. Tiba di hotel, selepas makan dan bersolat, masing-masing tertidur kerana kepenatan. Nampaknya terpaksa melupakan hasrat untuk ke Ginkakuji kerana hari sudah lewat petang.

Selepas solat Maghrib, kami keluar menaiki train menuju ke bandar Shijo. Sekadar berjalan tanpa tujuan, menikmati angin malam yang sejuk. Bandar Shijo sendiri sangat besar dan pesat.