Sunday, June 28, 2015

Thistle, PD

Hotel Thistle terletak di Jalan Pantai, Teluk Kemang Si-rusa, Port Dickson. Yang seronoknya di hotel ini terdapat beberapa kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Jika anda membawa anak-anak kecil ke sini tentu mereka gembira untuk bermandi-manda sepuasnya. Saiz bilik juga agak besar dan selesa. Pantai juga terletak sangat dekat dengan hotel ini iaitu kira-kira 100 meter sahaja. Semasa saya berada di sini, saya berasa agak terkejut juga kerana air lautnya agak jernih (sama seperti air laut di Cherating). Selama ini saya selalu menyangka air laut di Port Dickson tidak berapa jernih ;-). Maafkan saya….;-(.

thistle pd

thistle pd

thistle port dickson

thistle pd

thistle pd

thistle pd

port dickson



Kami juga pergi ke Pusat Pendidikan Pelancongan, Pengurusan Hutan Tropika, Hutan Simpan Sungai Menyala yang terletak kira-kira 12 km dari bandar Port Dickson. Di sini kami belajar mengenali serba sedikit mengenai pokok-pokok hutan dara yang terdapat di negara kita. Selain dari muzium yang mempamerkan specimen-specimen pokok,  tempat ini juga menyediakan penginapan, kantin, dewan kuliah dan surau. Sangat sesuai untuk dikunjungi oleh mereka yang sukakan alam semulajadi.


port dickson



Semasa di Port Dickson, kami juga sempat singgah di Alive 3D Art Gallery yang terletak di Bandar Dataran Segar, Lukut. Ada banyak gambar yang diambil disini, tetapi saya cuma dapat kongsikan beberapa keping sahaja. 

port dickson