Saturday, February 8, 2014

Legoland Malaysia

Bersempena dengan cuti tahun baru Cina pada tahun ini, kami sekeluarga memandu turun ke Johor Bahru. Tujuan sebenarnya ialah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara suami saya di Batu Pahat, jadi dah terlangsung menuju ke Selatan, maka kami memutuskan untuk masuk ke Legoland.

Oh ya, di dalam perjalanan menuju ke Nusajaya, kami sempat singgah di Johor Premium Outlet (JPO). Jika anda ingin ke sini, anda boleh keluar di exit 253 (persimpangan Senai) dan seterusnya mengambil laluan expressway 304, hanya dalam satu kilometre, anda akan sampai ke JPO. Terdapat banyak pilihan barangan branded yang dijual di sini.


JPO



Di Nusajaya, kami menginap di Hotel Granada yang terletak betul-betul bertentangan dengan AEON Bukit Indah. Hotel ini masih baru, jadi keadaan biliknya cantik dan bersih, cuma saiz bilik dan katilnya agak kecil, hanya sesuai untuk diduduki oleh dua orang. 


Bilik hotel Granada di Nusajaya

Pada sebelah petangnya kami menghabiskan masa melihat pembangunan di Nusajaya dan berhenti singgah di Puteri Harbour. Di sini juga terletaknya Taman Tema Hello Kitty. 

Puteri Harbour


Kesokkannya, pada hari Sabtu jam 9.30 pagi kami bertolak menuju ke Legoland. Perjalanan dari hotel ke Legoland hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja. Sewaktu kami sampai, orang sudah mula ramai terutamanya di kaunter penjualan tiket. Mujurlah kami telah membeli tiket secara online di website Legoland. Jika anda tidak ingin membuang masa beratur di kaunter tiket, maka ada baiknya jika anda membeli tiket secara online.




Pada mulanya saya sangkakan Taman Tema Legoland ini hanya sesuai untuk dilawati oleh keluarga yang mempunyai anak-anak kecil kerana saya membayangkan apa yang dipamerkan hanyalah replika-replika daripada lego dan permainan-permainan untuk kanak-kanak, tetapi ternyata sangkaan saya meleset. Nampaknya kebanyakkan rides yang ada disini boleh juga dinaiki oleh orang dewasa, jadi seluruh keluarga boleh bergembira di sini. Cuma rides yang ada di sini tidaklah mencabar seperti di Genting Highlands ataupun di USS. Legoland mempunyai tarikan yang berbeza. 





Legoland Malaysia


Legoland Malaysia
Kanak-kanak tentu gembira bila dapat memandu sendiri kenderaan di sini

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia


Legoland Malaysia


Jika ke sini, jangan lupa untuk menonton wayang 4D. Anda pasti terhibur. 




Saya paling kagum dengan miniature yang diperbuat daripada lego yang terdapat di tengah-tengah taman tema ini. Lihatlah gambar-gambar di bawah ini. Cantik bukan? 


Legoland Malaysia


Legoland Malaysia

Legoland malaysia

legoland malaysia

legoland malaysia
Cantiknya pokok-pokok bonsai ni....
legoland malaysia
Bali

legoland malaysia

legoland malaysia

legoland malaysia

legoland malaysia

legoland malaysia

legoland malaysia

legoland malaysia
Taj Mahal. 



Saya fikirkan Legoland ini tidaklah sebesar mana, tetapi rupanya saya telah menghabiskan masa daripada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 7.30 malam, barulah selesai melihat kesemuanya, itupun saya hanya membeli tiket theme park sahaja. Jika berhasrat untuk memasuki water park, nampaknya terpaksa mengambil pakej dua hari, baru boleh cover semua kawasan. 


legoland malaysia
Sebahagian dari taman tema Legoland 
Saya rasa lawatan ke Taman Tema Legoland memang berbaloi, terutamanya jika anda membawa anak-anak kecil dan remaja bersama.

3 comments:

  1. Terbaik, cantik dan berbaloi...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. lepas ni nak try pegi Legoland la..hehe..nampak best an menarik

    ReplyDelete