Kami pergi ke
Langkawi pada cuti Hari Raya Cina 2016. Seperti biasa, last minute baru terfikir
untuk pergi bercuti dan sibuk mencari bilik hotel. Kami buat keputusan untuk
bercuti ke Pulau Langkawi dan mula mencari bilik hotel. Boleh dikatakan
kebanyakan hotel telah penuh kecuali hotel yang sangat mahal. Tinggal hanya beberapa hotel sahaja yang
masih ada sedikit kekosongan. Kami memilih untuk menginap di hotel Century
Langkasuka Resort (dahulu hotel ini dikenali sebagai Four point by Sheraton) selama 4
hari 3 malam. Disebalik
“bad review” yang kami baca di Tripadvisor, kami tetap meneruskan hasrat kami
untuk menginap di hotel ini.
Mercu tanda Pulau Langkawi |
Kami book
tiket feri secara online dari Kuala Kedah untuk berlepas pada pukul 12
tengahari. Harga tiket feri ialah RM23 sehala untuk seorang dewasa. Antara
syaratnya ialah anda perlu berada di Jeti 30 minit sebelum feri berlepas.
Kami keluar
dari rumah pada pukul 4 pagi dan sepatutnya akan sampai ke Jeti Kuala Kedah
paling lewat pada pukul 10 pagi. Tetapi rupanya sebaik sahaja kami memasuki
lebuhraya utara selatan, jalan sesak teruk. Kami langsung tidak dapat berhenti
di mana-mana R&R kerana keadaan sesak sepanjang jalan kecuali berhenti di
stesen Petronas. Masa dah semakin suntuk tetapi kami masih lagi belum sampai ke
Kuala Kedah. Akhirnya kami pasrah sahaja. Mungkin kami terpaksa melepaskan
tiket yang telah kami beli tetapi rupanya nasib menyebelahi kami. Sewaktu kami
tiba di traffic light berdekatan dengan jeti, seorang lelaki yang menaiki motosikal
yang berhenti disebelah kereta kami bertanya samada kami mencari parking. Kami
kata dah tinggal 5 minit sahaja lagi mungkin tak sempat kot, tetapi dia meminta
kami terus mengikutinya ke jeti. Selepas kami semua turun di jeti, dia terus membawa suami saya ke tempat parking. Jadi saya dan anak-anak berlari masuk dahulu ke dalam feri
sambil berpesan kepada petugas feri agar menunggu suami saya sekejap.
Alhamdullilah, mujur kesemua petugas feri baik hati untuk menunggu kami. Nampaknya
kami lah penumpang terakhir yang menaiki feri. Jika kami terlepas feri ini, mungkin
pada esok hari baru kami boleh ke Pulau Langkawi kerana kami dengar petugas di
kaunter berkata tiket feri untuk hari itu telahpun habis. Perjalanan menaiki
feri dari Jeti Kuala Kedah ke Pulau Langkawi ialah selama 1 jam 15 minit.
Sebelum
datang ke sini kami telah menempah kereta sewa dari Anoxtravel. Jadi apabila
kami tiba di Pulau Langkawi kami terus menelefon Anoxtravel yang kemudiannya
datang mengambil kami menaiki van untuk ketempat kereta sewa. Kereta Nissan
Almeera yang diberi kepada kami berada dalam keadaan sangat baik kerana masih
baru.
Kami terus
memandu menuju ke hotel Century Langkasuka Resort. Komen saya tentang hotel ini,
biliknya luas dan mungkin perlukan sedikit maintanence. Kolam renangnya sangat besar dan pantainya
cantik. Lokasi hotel ini juga agak strategik kerana sangat dekat dengan
lapangan terbang dan juga pantai Cenang.
Keesokan
hari, diwaktu pagi kami ke Oriental Village untuk menaiki cable car di Gunung
Mat Cincang tetapi malangnya pada waktu itu perkhidmatan cable car
diberhentikan sementara kerana angin kuat. Oleh kerana kami dah pernah menaiki
cable car pada percutian beberapa tahun yang lepas jadi kami melupakan hasrat
menaiki cable car. Jika anda belum pernah lagi menaiki cable car di Gunung Mat
Cincang, anda mesti mencubanya bila datang ke sini kerana pengalaman dan
pemandangannya sangat menakjubkan.
Windy |
Keluar dari
kawasan Oriental Village, kami menaiki kenderaan tanpa tujuan sekadar menikmati
pemandangan di Pulau Langkawi tetapi kemudian kami perasan kami melalui satu
kawasan dimana ada banyak kereta keluar dan masuk. Rupanya perjalanan kami
membawa kami ke sebuah jeti. Kami turun dan melihat apa yang ada disitu. Ianya merupakan jeti untuk pelancong menaiki
bot melihat keindahan paya bakau (Mangrove tour). Kami sewa sebuah boat yang
membawa kami melalui laluan sungai yang
di kelilingi oleh paya bakau selama lebih kurang dua jam. Dalam perjalanan kami
singgah makan di sebuah restoran terapung. Harganya agak mahal tetapi ikannya
betul-betul segar. Selepas itu kami singgah di Gua kelawar untuk melihat
kelawar. Dalam perjalanan balik, bot berhenti sebentar untuk memberi makan
kepada helang-helang. Satu pengalaman yang menarik. Anda boleh baca maklumat
lanjut di sini https://www.langkawi-insight.com/langkawi_000019.htm.
Salah sebuah restoren terapung |
Selain dari
itu tak lupa kami membeli coklat di Kompleks membeli-belah HIG. Harga coklat di
Pulau Langkawi lebih murah dari tempat lain kerana Pulau Langkawi berstatus
bebas cukai. Terdapat banyak pilihan coklat di sini. Pada waktu malam kami berjalan-jalan di
sepanjang Pantai Cenang. Saya tak sangka pantai Cenang sekarang ini sangat
happening dan cantik di waktu malam dah hampir sama macam di Krabi pula
keadaannya cuma mungkin tak sepanjang Krabi.