Hotel Thistle
terletak di Jalan Pantai, Teluk Kemang Si-rusa, Port Dickson. Yang seronoknya
di hotel ini terdapat beberapa kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Jika
anda membawa anak-anak kecil ke sini tentu mereka gembira untuk bermandi-manda sepuasnya. Saiz bilik juga agak besar dan selesa. Pantai juga terletak sangat dekat dengan hotel ini iaitu kira-kira 100 meter
sahaja. Semasa saya berada di sini, saya berasa agak terkejut juga kerana air
lautnya agak jernih (sama seperti air laut di Cherating). Selama ini saya
selalu menyangka air laut di Port Dickson tidak berapa jernih ;-). Maafkan
saya….;-(.
Kami juga pergi
ke Pusat Pendidikan Pelancongan, Pengurusan Hutan Tropika, Hutan Simpan Sungai
Menyala yang terletak kira-kira 12 km dari bandar Port Dickson. Di sini kami
belajar mengenali serba sedikit mengenai pokok-pokok hutan dara yang terdapat di
negara kita. Selain dari muzium yang mempamerkan specimen-specimen pokok, tempat ini juga menyediakan penginapan,
kantin, dewan kuliah dan surau. Sangat sesuai untuk dikunjungi oleh mereka yang
sukakan alam semulajadi.
Semasa di
Port Dickson, kami juga sempat singgah di Alive 3D Art Gallery yang terletak di
Bandar Dataran Segar, Lukut. Ada banyak gambar yang diambil disini, tetapi saya
cuma dapat kongsikan beberapa keping sahaja.