Agak lama saya ambil masa untuk
membuat catatan mengenai percutian ke Kuantan ni.
Saya pergi ke Kuantan pada awal
bulan Mei tahun ini. Sebenarnya saya terlepas pandang tentang cuti bersempena
dengan hari Wesak dan hari Buruh yang mana bila dicampur dengan hari minggu,
maka kita akan dapat cuti panjang selama empat hari. Dah
tinggal seminggu baru saya perasan tentang cuti panjang ni, jadi kami
terus merancang untuk bercuti ke Cherating. Masa tu barulah terhegeh-hegeh nak
menempah bilik hotel tetapi nampaknya semua hotel telah penuh. Akhirnya saya dapat menempah
bilik di Samsuria Beach Resort and Residence yang terletak di Balok, Kuantan.
itu pun kekosongon hanya untuk satu malam, check-in pada hari Ahad dan check-out
pada hari Isnin.
Walaubagaimanapun, pada hari Sabtu
tu dah terasa tak sabar pula untuk pergi ke Kuantan, lagipun kami fikir jika
kami terus pergi pada hari Ahad, tentu dah letih untuk berjalan-jalan atau mandi
pantai, dan keesokkannya pula dah terpaksa pulang ke KL kerana masing-masing akan
mula bekerja dan belajar semula. Jadi kami cuba telefon beberapa hotel di
Kuantan untuk menempah bilik pada hari Sabtu. Kebanyakkan hotel memang sudah
penuh cuma hotel Seri Malaysia masih ada kosong tapi disebabkan last minute request
mereka hanya terima pelanggan walk-in.
Oleh kerana beg pakaian sudah siap,
jadi kami terus bergegas untuk pergi ke Kuantan. Bersemangat nih…hehe. Kami tiba
di Kuantan pada pukul 5.30 petang dan terus ke Hotel Seri Malaysia. Memang ada
bilik kosong di sini tetapi menurut receptionist, mereka tidak pasti bila bilik
hotel akan siap dikemas. Mereka pun seperti layan tak layan saja dan kami pun tidak
mahu menunggu jadi kami pergi ke Vistana hotel. Tak ada kekosongan di sini.
Kemudian kami Grand Continental pula. Penuh
juga. Saya dah mula cuak juga takut-takut malam ni terpaksa tidur dalam kereta
ataupun terpaksa memandu ke atas lagi…hehe. Kami ke Shahzan Inn pula. Nampaknya nasib kami
baik. Hanya tinggal satu bilik junior suite sahaja yang kosong. Alhamdullilah.
Harga bilik tersebut ialah RM 400. Saya rasa bersyukur dapat bilik ini cuma
komen saya bilik ini tidak sesuai dengan harganya kerana biliknya kecil (saya
pernah menginap di Vistana dengan harga yang lebih murah tetapi saiz bilik yang
jauh lebih besar dan kelihatan mewah). Walaubagaimana pun saya rasa oklah,
sebab kami semua dapat tinggal di dalam satu bilik, jadi senang nak uruskan
semuanya.
Pantai awam di Cherating |
Pada hari Ahad kami singgah di Pusat
Penerangan dan Konservasi Penyu Cherating. Masuk adalah percuma dan pelancong
digalakkan untuk menderma bagi tujuan pemuliharaan penyu.
Petang hari kami check-in di
Samsuria Beach Resort. Hotel ini masih baru. Saya tempah apartment dua bilik
dengan harga RM 435 untuk satu malam. Ruangnya luas, cantik dan bersih,
berbaloi dengan harga.
Ada dapur juga |
Pantai di sini sangat
luas, landai. Pasirnya halus cuma tidak
seputih pantai di Cherating. Walaupun semasa di sini saya dimaklumkan bahawa
hotel ini penuh dengan tetamu tetapi
keadaannya nampak lenggang. Agaknya jika saya datang pada waktu low season,
tentu saya akan berasa seperti resort ini saya yang punya…haha.