Pada tahun ini, Festival Floria 2014 berlangsung daripada 14 –
22 June 2014 bertempat di presint 4, Putrajaya. Bayaran masuk adalah sebanyak
RM3.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak.
Walaupun tapak pesta ini terletak tidak berapa jauh dari
rumah saya, tetapi sejujurnya inilah kali pertama saya benar-benar mengunjungi
pesta Floria ini. Kali pertama saya datang ialah pada tahun 2012, itupun di waktu
malam kerana pada waktu itu tujuan saya hanyalah untuk melihat pertunjukan bunga api.
Sementara menanti bunga api dimulakan sempatlah saya melihat pertandingan bot berhias di
tasik. Saya tidak memberi perhatian langsung kepada bunga-bunga yang ada di
situ, mungkin sebab keadaan agak gelap.
Pada tahun ini saya datang ke Festival Floria pada hari pertama ianya dibuka dan boleh di katakan hampir keseluruhan
tapak pesta ini saya lawati termasuklah ke tempat pertandingan kucing. Kesemua bunga-bunga
kelihatan cantik dan masih segar.
Di sini ada beberapa keping gambar yang ingin saya kongsikan
untuk tatapan kita bersama.
Jika anda berhasrat untuk melihat Floria 2014, nampaknya masih ada beberapa hari lagi. Pameran ini akan berakhir pada 22 June 2014.