Jika anda ingin menginap di hotel yang paling hampir dengan
KLIA (diulangi KLIA ya, bukan LCCT), maka Sama-Sama hotel adalah jawapannya. Sama-Sama
hotel hanya dihubungkan dengan KLIA melalui jambatan (skybridge) dan hanya
mengambil masa kira-kira 5 minit jika anda berjalan kaki. Pihak hotel juga ada
menyediakan perkhidmatan buggy untuk para pelanggan hotel pergi ke KLIA vice
versa. Sekiranya anda menginap di sini,
confirm anda tidak akan ketinggalan
flight (kecuali jika anda sengaja melewat-lewatkan diri anda…hehe)!!.
Sebenarnya Sama-Sama hotel ini dahulunya dikenali dengan
nama Pan Pacific KLIA. Seperti hotel lima bintang yang lain, kemudahan
yang disediakan adalah bertaraf lima bintang dan lengkap untuk para pelanggan
hotel seperti SPA, kolam renang, bilik conference, coffee house, gymnasium dan lain-lain, jadi hotel ini
juga memang sangat sesuai untuk anda berehat bersama keluarga. Walaupun hotel ini terletak
betul-betul di KLIA, tetapi anda langsung tidak mendengar bunyi kapal terbang
mendarat atau berlepas.
Jom lihat beberapa keping gambar yang saya ambil semasa
menginap di Sama-Sama hotel.
|
Lobby Hotel |
|
Welcoming remarks di monitor TV |
|
Touch Panel |
|
Bilik air tetamu
|
|
Bath Tub |
|
Kolam renang |
|
Kolam renang |
|
Jacuzi |
|
Dewan conference |
|
Drivernya mana? Tengah ambil gambar kitoranglah...hehe |
|
Skybridge yang menghubungkan hotel dan KLIA |
|
Dibelakang tu ialah tempat perhentian buggy (menurun dan mengambil penumpang
di KLIA) yang terletak di Level 2 |
|
Buggy akan berhenti di level 2 KLIA, berdekatan dengan Food Garden |
|
Room service menu. Lihat harga makanannya.... Nasi lemak RM 47.00...Gulp.... |