Kami
mengambil peluang bercuti ke Krabi dan Phuket bersempena perayaan Tahun Baru
Cina 2012.
Kami
pergi dengan menaiki dua buah kereta, saya dan kakak saya bersama keluarga
masing-masing. Kami
bertolak pada hari Jumaat dan bermalam di sebuah rumah Homestay di Changlun
sebelum melepasi sempadan pada keesokan harinya.
Sebaik
sampai di Changlun, kami menguruskan pembelian insuran kereta di sebuah kedai
runcit di pekan Changlun. Harga insuran untuk sembilan hari hanyalah RM14
sahaja. Kami beli sekali embarkation card
yang berharga 50 sen setiap satu (jika minta penjual yang isikan borang, mereka
akan kenakan bayaran tambahan 50 sen untuk setiap kad). Memandangkan harga
petrol di Thailand lebih mahal, jadi kami penuhkan tangki minyak kereta
siap-siap semasa di Changlun.
Homestay
yang kami duduki memang terbaiklah sebab selesa dan katil yang disediakan pun
mencukupi untuk kami semua.
Pada
keesokan harinya, seawal jam 7.00 pagi kami sudah bertolak ke Bukit Kayu Hitam.
Waktu itu masih gelap lagi dan kabus sangat tebal (rasa macam memandu di luar
negara pulak…hehe..perasan)
Tiba di
Imigresen Bukit Kayu Hitam, untuk bahagian Malaysia kami hanya perlu pandu lalu
sahaja. Turunkan cermin kereta dan serahkan passport antarabangsa kepada
pegawai imigresen untuk discan.
Senang dan cepat betul prosesnya. Selepas
itu, menghampiri imigresen Thailand, kereta perlu diparkir di tempat letak
kereta dan semua harus turun dari kenderaan dan beratur di kaunter imigresen
Thailand. Selesai urusan di sini, semua penumpang kenderaan boleh menunggu di
kereta, tetapi pemilik kenderaan perlu pergi ke kaunter kastam untuk
menguruskan proses pengimportan kereta. Mereka memerlukan geran kereta original
ataupun salinan yang telah disahkan. Di sini akan mengambil masa sedikit. Jika
ingin mengelakkan queue panjang,
datanglah awal-awal pagi seperti kami...hehe.
Selesai
proses ini, pandu kereta di laluan imigresen. Di sini pegawai imigresen akan memberi
kita satu salinan borang import kenderaan, simpan borang ini baik-baik untuk
dipulangkan semasa keluar dari Thailand nanti.
Kereta yang kami naiki, sedang parking di stesen minyak di Thailand |
Mulanya
kami bercadang untuk singgah bersarapan pagi di Hatyai, jadi kami pun masuk ke
bandar Hatyai. Saya ingatkan Hatyai ni kecil sahaja dan boleh nampak gerai-gerai
makanan islam di tepi-tepi jalan, rupanya….mak aih, besar betul bandar Hatyai
ni. Nampaknya kalau tidak study dahulu
tentang tempat ini, memang tidak ada harapan akan berjumpa restoran halal.
Untuk mengelakkan tersesat dan buang masa, jadi kami berpatah balik keluar dari
Hatyai dan masuk ke highway 4 untuk ke Patthalung, Trang dan seterusnya ke
Krabi. Di dalam perjalanan, kami singgah
di sebuah stesen minyak untuk mengalas perut (makan biskut aja pun), dan membeli
sim card prepaid Thailand (Masa ni baru saya terfikir, kenapalah saya tak
bungkus saja nasi lemak di Changlun tadi…haihh).
Kami
sampai di Krabi pada pukul 2.30 petang (waktu Thailand lewat satu jam dari
Malaysia, kiranya kami sampai pada pukul 3.30 petang waktu Malaysia). Perut pun
dah lapar, kami pusing-pusing mencari kedai makanan Islam di sekitar masjid.
Pusing-pusing, terjumpalah sebuah kedai yang menjual kuih muih, nasib baiklah
pakcik kedai tu boleh berbahasa Inggeris sepatah-sepatah, dia tunjuk ke arah
sebuah kedai di seberang jalan. Sebaik kami masuk ke dalam kedai di seberang
jalan tu, makcik kedai tu mula speaking
Thai dengan kami, haram sepatah pun kami tak faham. Kami belasah bercakap
bahasa Melayu siap dengan bahasa isyarat tangan. Makcik tu faham kot kami minta
dia buatkan makanan untuk kami, agaknya dia tahu kami kelaparan, dia buatkan
nasi goreng siap ada lebihan untuk siapa-siapa yang nak bertambah..hehe.
Sepanjang masa kami makan, makcik tu peramah betul berborak dengan kami, dia bercakap
bahasa Thai, kami bercakap bahasa melayu... haha. Memang kelakar betul masa
tu…hehe.
Selepas
makan, kami mula mencari hotel penginapan kami iaitu Sunda resort. Jenuh kami berpusing-pusing mencari tetapi masih
tidak berjumpa. Bila bertanya di satu tempat, orang tu tunjuk ke depan, bertanya
di tempat lain pula, orang tu tunjuk ke belakang, ada yang tunjuk ke kiri, ke
kanan, ada yang angkat jari tunjuk 4, 5 kilometer (maklumlah bercakap macam
ayam dengan itik..hehe), akhir sekali kami bertanya dengan seorang pemilik restoran
(nama restoran tu Md. Mustafa). Kami jangkakan dia mungkin orang dari selatan
Thailand, kot-kot dia boleh bercakap bahasa Melayu sikit-sikit. Tak pastilah pulak
lelaki ni berbangsa apa, tetapi dia kata “let me show you”, jadi kami pun follow dia ke Sunda resort. Wow… memang
tersorok resort ni, kalau tak ada orang yang bawa, mungkin sampai ke malam kami
tak jumpa.
Resort ini dipenuhi dengan tumbuhan menghijau |
Pada pukul 6.30 petang kami keluar ke pekan Ao Nang. Cantik betul pekan ni, deretan kedai-kedainya betul-betul di pesisir pantai Ao Nang. Macam-macam ada di sini. Semasa berjalan-jalan tu saya ternampak signboard Ao Nang Orchid. Apa lagi, kami pun masuk ke restoran ni untuk makan malam (sebab saya tahu resort ni menyediakan makanan halal), tetapi masa nak order tu, saya ternampak perkataan ham burger, ham sandwich dalam menu…alamak, saya dah cuak. Saya panggil pelayan tu, tanya pasal perkataan ham dalam menu, dia kata ham tu merujuk kepada menu ayam. Katanya di restoran mereka semuanya halal. Makanannya sedap, presentable dan harganya agak mahal kalau ikut harga di Thailand, tapi kalau di convertkan ke duit kita, sama macam harga makanan di Malaysia sahaja. Sebelum makanan sampai tu, saya dan suami menempah pakej untuk island hoping dengan Ao Nang Orchid ni. Kami pilih package 4 island.
Suasana malam di Krabi |
Pancake yang banyak di jual di tepi jalan |
Keesokan
harinya, pukul 8.30 pagi mereka datang menjemput kami untuk aktiviti island hoping. Semuanya berjalan lancar.
Saya memang berpuas hati sangatlah dengan perkhidmatan Ao Nang Orchid ni kerana
harganya berpatutan, makanannya sedap dan halal, tour guidenya boleh berbahasa
Inggeris. Saya perhatikan kebanyakan tour
package yang lain menyediakan makanan di dalam kotak polystyrene, tetapi
dengan Ao Nang Orchid ni mereka sediakan buffet, siap boleh bertambah lagi jika
mahu. Pulau-pulau yang kami
lawati sangatlah cantik, tidak perlulah saya describe, tengok sahaja gambar-gambar di bawah ni…
Phra Nang Beach |
Snorkeling di Chicken Island |
Long tail boat |
Poda Island |
Tub Island. Jernih sungguh airnya |
Tub Island |
Ikan-ikan di Poda Island |
Empat
pulau yang kami kunjungi ialah, Phra Nang beach, Chicken Island, Tub Island dan
Poda Island. Puas mandi-manda di setiap
pulau yang kami singgahi sehingga penat betul. Pukul 2.30 petang kami sudah
pulang ke resort. Malamnya kami sambung pula dengan aktiviti shopping di pekan Ao Nang.
Hari
ketiga di Thailand, pada pukul 9.00 pagi kami memulakan perjalanan ke Pulau
Phuket. Kami bungkus makanan dari Krabi dan bercadang untuk berkelah dan
mandi-manda di pantai Patong sambil lepak-lepak sementara menunggu malam untuk
melihat keindahan pulau Phuket diwaktu malam. Hampir
dua jam perjalanan, kami sampai di Phuket. Pemandangan di sepanjang perjalanan
memang cantik kerana banyak bukit bukau dan gunung ganang. Memasuki Pulau
Phuket, kami terus menuju ke bandar Patong. Wah, besar betul bandar Patong ni
rupanya. Ternampak sebuah masjid, jadi kami berhenti untuk bersolat, sementara
menunggu kami-kami yang perempuan ni bersiap, yang lelaki sempat minum air di
sebuah restoran Melayu kepunyaan rakyat Malaysia. Kami meneruskan perjalanan ke
pantai Patong. Sebaik sahaja sampai di pantai Patong, kami terkejut besar. Mak
aih…..padat betul pantai ni dengan mat saleh-mat saleh yang sedang berjemur.
Langsung tiada ruang untuk berkelah…haha. Ingatkan macam pantai di PD, boleh
bentang tikar di mana-mana sahaja di bawah pokok. Rupanya pantainya terbuka luas,
lapang begitu aja dan dipenuhi dengan kerusi yang bersusun-susun
digunakan untuk mereka berjemur. Rasanya mencecah ribuan mat salleh yang
sedang berjemur pada waktu itu.
Pemandangan semasa di dalam perjalanan ke Pulau Phuket |
Lagi pemandangan semasa di dalam perjalanan ke Pulau Phuket |
Di satu kawasan rekreasi di dalam perjalanan ke Pulau Phuket |
Di Pantai Patong |
Tiada
pilihan, kami tempah 4 kerusi dengan harga RM10 per kerusi untuk tempoh
sepanjang hari. Kami pun buka bekalan makanan yang kami bawa dari Krabi, rasa
macam pelik pulak, segan pun ada sebab ada mat saleh yang pandang-pandang,
tengok kami makan. Rasa sakit mata pun ada sebab tertengok mat saleh yang top
less, dan kebanyakannya badan dah out of
shape (sorrylah mengutuk sikit kat sini...ngee). Dengan cuaca yang sangat
panas dan padat dengan manusia, mood nak mandi terus termati. Akhirnya selesai sahaja
makan, kami balik ke kereta. Rasa rugi juga sebab sewa kerusi sejam sahaja instead of sehari. Di Phuket ni banyak
bar dan pusat hiburan, sememangnya cantik dan berwarna-warni jika berkunjung ke
sini di waktu malam.
Awal
petang kami dah keluar dari Phuket. Dalam perjalanan balik, kami singgah di
premium outlet yang menjual barangan berjenama seperti nike, adidas, reebok,
etc. Selesai membeli-belah di sini, kami menuju ke Siam Niramit yang
menganjurkan pertunjukan kebudayaan. Kata suami saya, pertunjukkannya bertaraf
world class. Dia pernah menontonnya sewaktu berkunjung ke Bangkok dahulu. Tak
rajin pula saya nak describe pasal
Siam niramit ni, tetapi memang berbaloilah dengan harga tiket yang dibayar. Untuk
makluman, Siam Niramit cawangan Phuket ni baru sahaja dibuka, jadi serba-serbi
memang baru dan selesa. Jika nak tahu lebih lanjut, tanyalah pada pakcik google
ya. Selesai tayangan di Siam Niramit pukul 10 malam kami bertolak balik ke
Krabi. Jalanraya lenggang betul. Kami sampai di Krabi pukul 12.30 pagi. Dalam
perjalanan, saya ternampak ada seorang perempuan menunggang motosikal
sendirian. Saya rasa jalan di Thailand ni memang selamat kot.
Sedang membeli tiket di Siam Niramit, Phuket |
Hari
terakhir di Krabi, kami bershopping di pekan Ao Nang dari pagi sehingga
tengahari. Sedar-sedar perut pun dah lapar, jadi kami singgah makan di sebuah
restoran. Kami minta dua ekor ikan sweet sour, tetapi tukang masak telah tersilap
membuat satu darinya masakan ikan tiga rasa. Rasa masakannya memang sedap, rupanya
tukang masaknya pernah menjadi tukang masak di Malaysia, patutlah rasa ikan
tiga rasanya macam biasa di rasa (berapa banyak rasa daaa…haha). Sebenarnya
saya nak kata, kalau datang ke Krabi lagi, saya akan singgah makan di sini lagi…hehe.
Selesai
makan, kami singgah bersolat di masjid Ao Nang sebelum bertolak balik pada pukul
2.30 petang. Kami sampai di imigresen Sadao pada pukul 7.30 petang. Ingatkan
nak bermalam di Bukit Merah, tetapi disebabkan kepenatan, kami memilih untuk bermalam di sebuah
homestay di Changlun. Kami agak kecewa kerana homestay yang kami pilih ini tidak
sebaik homestay yang kami sewa semasa di dalam perjalanan pergi ke Thailand.
Percutian
ke Krabi memang menyeronokkan. Ada banyak tempat yang belum kami lawati
seperti ke pusat Gajah, Emerald Pool, hotspring dan juga package island hoping
yang lain. Insya Allah, jika ada rezeki saya memang bercadang untuk ke Krabi
lagi.