Cherengin Hills terletak di Janda Baik. Tidak
banyak yang dapat saya ceritakan tentang percutian di Janda Baik kerana saya
tidak banyak berjalan sewaktu berada di sini. Kebetulan waktu itu sedang
berlangsung acara sukan SEA. Saya masa tu sudah jadi macam hamster, asyik makan
kuaci tanpa henti sambil menyaksikan pertandingan bolasepak di dalam bilik
hotel..hehe.
Cheringgin Hills merupakan tempat
penginapan yang bercirikan hotel lengkap dengan kolam renang, cafe dan bilik
seminar sesuai untuk menampung aktiviti berkumpulan. Penginapan di sini
adalah selesa cuma saiz biliknya agak kecil. Lokasinya pula tidak jauh dari
kawasan rehat R&R Bentong. Beberapa keping gambar yang saya ambil sewaktu
berkunjung ke sana.