Selamat datang ke laman blog saya.
Tujuan saya menulis blog
ini sebenarnya, yang pertama hanyalah sekadar untuk suka-suka berkongsi cerita
dan pengalaman terutamanya mengenai percutian. Apabila saya ingin bercuti, saya
akan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dari pengalaman sebenar blogger. Setiap
individu mempunyai pengalaman yang berbeza-beza. Jadi, saya berharap semoga
dengan sedikit perkongsian di sini, dapat memberi idea atau manfaat kepada
pembaca lain pula.
Sebab yang kedua terbinanya blog ini ialah kerana, kira-kira
hampir dua tahun yang lepas, sewaktu saya sudah mula berasa ingin bebas dari rutin harian keluar bekerja di pejabat selama hampir 18 tahun, saya benar-benar mahukan
kebebasan untuk melakukan apa yang saya minat dan suka. Berbulan-bulan jugaklah saya berada
di dalam dilemma samada betul atau tidak keputusan saya untuk melepaskan
jawatan. Saya bimbang kalau-kalau nanti saya akan mati kebosanan (hehe… ada ke orang
yang mati kebosanan?). Rakan saya Mag menyakinkan saya, katanya “create a small
project to keep you occupied”. Saya pun
mulalah membayangkan projek-projek kecil yang akan saya buat. Kebetulan saya memang sedang berusaha untuk
menghasilkan sesuatu tetapi sudah bertahun-tahun tidak dapat disiapkan,
alasannya ialah kerana ketiadaan masa (biasalahkan, orang banyak alasan). Saya
tertarik dengan idea projek kecil ni, jadi saya nekad untuk berhenti. Tetapi apa yang jadi selepas saya berhenti
kerja? Projek-projeknya entah ke mana…hehe. Projek yang sepatutnya saya teruskan dengan
lebih gigih bila sudah mempunyai masa, pun nampaknya terbengkalai terus, macam
tak ada harapan untuk hidup lagi…haihh. Selalunya
saya hanyut dialam maya dari pagi sampai ke petang. Saya rasa macam dalam
kerugian pula. Jadi….blog ini kiranya macam satu daripada projek kecil (betul-betul kecil) saya
lah untuk mengisi masa lapang. Walaupun rasa bukan muda lagi
(tak mau guna perkataan tua disini..hehe) untuk berblogging ni, tapi tak apalah
kan, bak kata pepatah Inggeris “better late than never”. Terima kasih kerana
sudi singgah di blog ini.