Taiping. Ini merupakan kali pertama kami menjejakkan kaki ke
Taiping.
Trip pada kali ini tiada tujuan apa-apa melainkan untuk melihat tempat orang sambil jalan-jalan cari makan.
Sebelum sampai ke Taiping kami singgah di sebuah restoren
yang terkenal dengan hidangan mee udang iaitu Restoren Nur Zetty yang terletak
di Changkat Jering. Rasa mee udangnya boleh tahan, ABC nya juga sedap dan
halus (terlupa pula nak mengambil gambar makanan di sini).
Selepas makan kami terus menuju ke Sentosa Villa. Sebelum datang ke sini, kami telah menempah satu bilik untuk dua malam dengan kadar RM398.00 se malam. Terdapat dua katil single dan satu katil bersaiz king di dalam bilik ini. Sentosa Villa ni terletak kira-kira lima minit dari kaki Bukit Larut. Villa ini dikelilingi dengan kehijauan dan suasananya sangat tenang dan damai.
Selepas makan kami terus menuju ke Sentosa Villa. Sebelum datang ke sini, kami telah menempah satu bilik untuk dua malam dengan kadar RM398.00 se malam. Terdapat dua katil single dan satu katil bersaiz king di dalam bilik ini. Sentosa Villa ni terletak kira-kira lima minit dari kaki Bukit Larut. Villa ini dikelilingi dengan kehijauan dan suasananya sangat tenang dan damai.
Sebelum datang ke sini kami ada juga menggoogle tentang tempat-tempat
makan yang menarik di Taiping. Hari pertama, kami pergi ke medan selera untuk
mencari Ella popia. Malangnya kedai popia ni tutup. Tapi tak apalah, kami
bungkus rojak untuk di makan di Taman Tasik Taiping.
Taman tasik Taiping yang indah |
Dari Taman Tasik Taiping kami bergerak menuju ke Pusat
Penjaja Taiping (belakang balai bomba) untuk menikmati Yong Tau Fu. Banyak
betul pilihan Yong Tau fu disini.
Hari kedua, awal pagi kami bergerak menuju ke kaki Bukit
Larut. Program hari ini ialah untuk naik ke Bukit Larut, tetapi sayangnya jalan
ke Bukit Larut ditutup kerana kerja-kerja pembaikan akibat tanah runtuh sedang
dijalankan. Tiada rezeki untuk naik ke Bukit Larut, jadi kami bergerak menuju
ke Zoo Taiping.
Banyak gambar-gambar haiwan yang diambil di Zoo Taiping ini, tetapi saya hanya ingin belanja anda dengan sekeping gambar harimau yang cantik ini.
Inilah kenderaan yang akan digunakan untuk naik ke Bukit Larut |
Harga tiket masuk ke Zoo Taiping RM16 bagi seorang dewasa |
Banyak gambar-gambar haiwan yang diambil di Zoo Taiping ini, tetapi saya hanya ingin belanja anda dengan sekeping gambar harimau yang cantik ini.
Keluar dari Zoo Taiping kami pergi ke restoren Doli untuk
makan tengahari. Restoren ini terkenal dengan keenakan kueh teownya, namun
setelah mencuba, pada pendapat saya, rasa kueh teownya biasa-biasa saja
(mungkin sebab kerang dan udangnya halus-halus sangat…hehe). Saya rasa nasi
ayam di sini lebih sedap dari kueh teow. Selepas makan tengahari, dalam
perjalanan pulang ke resort kami singgah sekali lagi di gerai Ella popia tetapi
malangnya kedai popia tersebut telah ditutup untuk hari itu kerana jualannya sudah
habis. Aikk…awal lagi dah habis. Memang tak ada rezeki untuk merasa popia basah
di sini. Saya jadi merajuk terus….tak mau singgah sini lagi…huhu.
Di sebelah petang kami pergi ke Kuala Sepetang untuk menikmati
mee udang Mak Jah. Untuk penggemar mee udang, mungkin mee udang di Kuala Sepetang ni yang terbaik kot. Bagi saya, bolehlah, sedap juga cuma kuahnya agak manis.
Saya rasa percutian ke Taiping ni agak menarik juga kerana walaupun bandar
Taiping agak kecil tetapi banyak tempat boleh dilawati. Lengkap juga
dengan penjara, zoo, muzium, War memorial dan taman tasik. Landskapnya cantik
kerana dikelilingi oleh gunung ganang dan banyak kehijauan. Bangunan-bangunan
lama juga terpelihara dengan baik dan nampak cantik. Bila datang ke sini terasa
ada kelainannya.