Tuesday, April 8, 2014

Day 1 - Osaka Trip

Lama betul saya tidak menjengah ke blog ini. Entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai percutian ke Osaka, Jepun baru-baru ini.

Kami tiba di Kansai airport pada jam 3.40 petang (waktu di Jepun satu jam lebih awal) pada hari Selasa minggu akhir Mac 2014. Percutian ini hanyalah selama enam hari lima malam (tiga malam di Kyoto dan dua malam di Osaka).

Sebelum berlepas ke Jepun, saya telah membuat sedikit kajian mengenai sistem pengangkutan awam di Jepun. 

Rancangan yang dibuat ialah sebaik tiba di Kansai Airport, kami akan membeli JR Kansai Area one day pass berharga ¥2000 untuk menaiki train Haruka express ke Kyoto pada hari pertama.
Hari Kedua di Kyoto kami akan mengunakan Kyoto city bus (one day pass) berharga ¥500
Hari ketiga sehingga ke enam pula akan menggunakan/membeli JR Kansai Area pass untuk 4 hari berharga ¥6000 (yg boleh digunakan untuk pulang ke airport semula). Pass ini hanya untuk train JR yang meliputi perjalanan ke Kyoto, Kobe dan Nara.  On top of JR pass ni, kami juga bercadang untuk membeli tiket subway unlimited pass semasa berada di Osaka.

Jadi, sebaik melepasi imigresen Jepun di Kansai Airport, kami terus menuju ke JR Ticket office.  Apabila sampai di kaunter pembelian (beratur agak lama di sini) kami memaklumkan untuk membeli Kansai Area pass seperti yang telah dirancang. Petugas kaunter memberitahu bahawa pelancong hanya dibenarkan membeli tiket JR sekali sahaja sepanjang berada di Jepun. Saya tak perasan pulak tentang T&C ini. Kami minta dia cadangkan pakej yang terbaik untuk kami. Dia memperkenalkan kad ICOCA & Haruka yang berharga ¥4000/pax yang merangkumi: 


¥500 deposit untuk kad ICOCA
¥1500 kredit yang boleh digunakan untuk train JR, subway, private railway seperti Kintetsu, Hankyu, Keihan, Nankai, Hanshin dll, termasuk juga bas (yg terpilih – dengan logo ICOCA)
¥2000 untuk train Haruka Ekspress dari Kansai Airport ke Kyoto dan balik ke Kansai Airport (round trip)





JR Tiket
JR ticket office

Kansai area pass
Pakej yang ditawarkan oleh Japan Rail (JR)

Dengan kad ICOCA ini, setiap kali menaiki train, subway atau bas, kredit akan ditolak apabila keluar dari stesen. Kebiasaannya tambang train ialah sekitar ¥150 ke ¥200 (bergantung kepada jarak). Dari Kyoto ke Nara dan dari Osaka ke Kobe pula tambangnya dalam lingkungan ¥600 lebih. Apabila kredit hampir habis maka kita boleh menambah kredit di mesin yang banyak terdapat dimana-mana.

Selesai urusan pembelian ini kami turun ke JR station untuk mengambil train Haruka Ekspress ke Kyoto station.

Sedang tercangak-cangak memikirkan samada betul atau tidak untuk menaiki train yang akan sampai sebentar lagi, seorang lelaki muda Jepun menyapa kami. Setelah melihat tiket yang kami pegang dia memaklumkan bahawa tiket yang kami ada bukan untuk train yang akan sampai ini. Kami agak ragu-ragu juga dengan penjelasan beliau. Sempat berborak sedikit, katanya dia berasal dari Kyoto dan pernah dua kali melancong ke Malaysia. Suami saya mengusiknya dengan berkata “Wow, you travel a lot, around the world”. Dia membalas “Yes, by train”.  Memikirkan dia berasal dari Kyoto dan mahir dalam menaiki train, maka tentulah dia betul mengenai train tetapi kami juga ingin mempercayai bahawa kami juga betul iaitu kami sepatutnya menaiki train yang akan tiba sebentar lagi. 

Tiba-tiba suami saya ternampak petugas stesen keretapi lalu menunjukkan tiket keretapi kami. Nampaknya betul, kami boleh menaiki train yang akan sampai tidak lama lagi. Lelaki Jepun tersebut berkali-kali memohon maaf diatas kesilapannya. Sebenarnya kami tidak kisah langsung kalau pun dia tersilap memberi maklumat malahan kami sangat berbesar hati kerana dia secara sukarela sudi untuk membantu. Kemudian, dia pula bertanya kepada petugas tersebut mengenai tiket keretapi yang dipegangnya. Rupanya dia tersilap dan perlu menunggu train yang lain….erkk…. hehe. Apapun, orang Jepun memang baik hati.

Perjalanan menaiki Haruka express dari Kansai airport ke Kyoto station mengambil masa selama 75 minit. Mengikut rancangan asalnya, sebaik tiba di Kyoto station, kami akan menaiki bas ke Shijo Omiya dimana hotel penginapan kami, Village Kyoto terletak di situ. Tetapi dengan adanya kad ICOCA, kami sudah boleh menaiki subway, maka tentulah lebih pantas berbanding menaiki bas, tetapi malangnya saya langsung tidak mencatitkan cara untuk pergi ke hotel dengan subway. Hari pun sudah gelap. Jika menaiki subway, kemanakah destinasi perhentian kami? Akhirnya saya terfikir, jika bas berhenti di Shijo Omiya, mungkin stesen subway juga ada di Shijo Omiya. 

Kami bertanya kepada petugas stesen dan dari situ mendapat idea untuk menaiki train dan turun di Shijo station, kemudian menukar kepada subway untuk ke Shijo Omiya station. Agak sedikit huru-hara kerana tidak tahu mahu ke kiri atau ke kanan, ke atas atau ke bawah maklumlah banyak sangat train dan kebanyakkan arahan didalam bahasa Jepun. Akhirnya kami sampai juga di Shijo Omiya station. Keluar dari stesen, berdiri sebentar di tepi jalan, sedang memandang ke kiri dan ke kanan, saya ternampak hotel Village Kyoto di seberang jalan. Fuhhh…lega rasanya. 

Kyoto station
Kyoto Station

village kyoto hotel
Hotel Village Kyoto


village kyoto hotel
Bilik hotel yang memuatkan kami berlima


village kyoto hotel
Kerusi ini boleh ditukar menjadi Futon bed


Futon bed 

Futon bed yang kami buat. Sepatutnya kelihatan cantik, tetapi disebabkan badan sudah letih dan tak sabar untuk tidur, jadi tak kisahlah macamana pun rupanya. Apa yang pasti futon bed ni “extremely comfortable”. Haa…tu yang penting.

Jika anda menginap di sini, anda tidak perlu membawa baju tidur sendiri kerana pyjama disediakan dan ditukar setiap hari.



Sarapan pagi yang di hantar ke bilik pada setiap pagi.


Setelah mendaftar masuk hotel dan makan malam, kami keluar berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel. Banyak betul vending machine dan family mart di sepanjang jalan termasuklah sebuah kedai daisho. Kedudukan hotel ini sangat strategik kerana betul-betul berhampiran dengan stesen bas dan stesen subway.


shijo omiya
Pekan di mana terletaknya hotel Village Kyoto di Shijo Omiya
Cuaca sangat sejuk. Pada waktu malam suhu turun sehingga 7oC manakala di waktu siang suhu adalah sekitar 14 - 19oC. Kesejukan lebih terasa apabila hari hujan ataupun di tiup angin. 

1 comment: