Bersempena dengan cuti tahun baru Cina pada tahun ini, kami sekeluarga memandu turun ke Johor Bahru. Tujuan sebenarnya ialah untuk menghadiri majlis
perkahwinan anak saudara suami saya di Batu Pahat, jadi dah terlangsung menuju
ke Selatan, maka kami memutuskan untuk masuk ke Legoland.
Oh ya, di dalam perjalanan menuju ke Nusajaya, kami sempat singgah di
Johor Premium Outlet (JPO). Jika anda ingin ke sini, anda boleh keluar di exit
253 (persimpangan Senai) dan seterusnya mengambil laluan expressway 304, hanya
dalam satu kilometre, anda akan sampai ke JPO. Terdapat banyak pilihan barangan
branded yang dijual di sini.
Di Nusajaya, kami menginap di Hotel Granada yang terletak betul-betul
bertentangan dengan AEON Bukit Indah. Hotel ini masih baru, jadi keadaan
biliknya cantik dan bersih, cuma saiz bilik dan katilnya agak kecil, hanya
sesuai untuk diduduki oleh dua orang.
Bilik hotel Granada di Nusajaya |
Pada sebelah petangnya kami menghabiskan masa melihat pembangunan di Nusajaya dan berhenti singgah di Puteri Harbour. Di sini
juga terletaknya Taman Tema Hello Kitty.
Puteri Harbour |
Kesokkannya, pada hari Sabtu jam 9.30 pagi kami bertolak menuju ke Legoland.
Perjalanan dari hotel ke Legoland hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja. Sewaktu kami
sampai, orang sudah mula ramai terutamanya di kaunter penjualan tiket. Mujurlah kami
telah membeli tiket secara online di website Legoland. Jika anda tidak ingin
membuang masa beratur di kaunter tiket, maka ada baiknya jika anda membeli
tiket secara online.
Pada mulanya saya sangkakan Taman Tema Legoland ini hanya sesuai untuk dilawati
oleh keluarga yang mempunyai anak-anak kecil kerana saya membayangkan apa yang
dipamerkan hanyalah replika-replika daripada lego dan permainan-permainan untuk kanak-kanak, tetapi ternyata sangkaan saya
meleset. Nampaknya kebanyakkan rides yang ada disini boleh juga dinaiki
oleh orang dewasa, jadi seluruh keluarga boleh bergembira di sini. Cuma rides yang ada di sini tidaklah mencabar seperti di Genting Highlands ataupun di USS. Legoland mempunyai tarikan yang berbeza.
Kanak-kanak tentu gembira bila dapat memandu sendiri kenderaan di sini |
Jika ke sini, jangan lupa untuk menonton wayang 4D. Anda pasti terhibur.
Saya paling kagum dengan miniature yang diperbuat daripada lego yang terdapat di tengah-tengah taman tema ini. Lihatlah gambar-gambar di bawah ini. Cantik bukan?
Cantiknya pokok-pokok bonsai ni.... |
Bali |
Taj Mahal. |
Saya fikirkan Legoland ini tidaklah sebesar mana, tetapi rupanya saya telah
menghabiskan masa daripada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 7.30 malam, barulah selesai
melihat kesemuanya, itupun saya hanya membeli tiket theme park sahaja. Jika berhasrat
untuk memasuki water park, nampaknya terpaksa mengambil pakej dua hari, baru
boleh cover semua kawasan.
Saya rasa lawatan ke Taman Tema Legoland memang berbaloi, terutamanya jika anda membawa anak-anak kecil dan remaja bersama.
Terbaik, cantik dan berbaloi...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletelepas ni nak try pegi Legoland la..hehe..nampak best an menarik
ReplyDelete